in

“Pernah disumpah masuk neraka” – Kontroversi Papar Aksi Songsang, Telefilem ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ Akhirnya Dibenar Tayang

Dd 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang ingat tahun lepas gempar satu Malaysia isu satu telefilem tempatan yang memaparkan babak songsang seorang pelajar tahfiz.


Memang banyak kecaman yang dilemparkan kepada pelakon dan pihak produksi telefilem ini sehingga ditangguhkan tayangannya.

Selepas hampir 2 tahun, akhirnya telefilem ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ dibenarkan bersiaran pada hujung bulan ini.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Fadzli Zahari selaku penerbit di laman Instagram miliknya.

D 4 4

 

Pernah disumpah masuk neraka

Dia mengakui bahawa pelbagai cabaran dan halangan perlu dihadapi dalam mengaspirasikan karyanya ini. Apatah lagi apabila menerima kecaman dan bantahan dari netizen.

“Lebih 80,000 petisyen tandatangan untuk haramkan tayangan telemovie #DemiTuhanAkuBersaksi”

“Pelbagai kecaman yang abang, isteri, family, direktor, krew & pelakon terima. Dari sekecil cacian hinggalah kami di katakan agen Yahudi, keluarga di sumpah masuk neraka,”

D2 2 11

 

Minta peminat buat penilaian sendiri

Dalam posting yang sama, Fadzli memberitahu bahawa telefilem ini bakal ditayangkan pada 31 Oktober 9 malam di TV1.

Dia juga percaya ramai yang menantikan telefilem ini dan dia menyeru agar para peminat melihat sendiri mesej yang ingin disampaikan melalui cerita tersebut.

“Mohon semua tonton sendiri dan buat penilaian, harap dakwah cerita ni sampai pada setiap yang memerlukan insyaAllah.”

D1 2

 

Min pun dah hampir lupa pasal cerita ni. Apa-apa pun memang tak sabar rasanya nak tengok!

Baca: “Watak Mukhsin kah?&” – Pelakon Lelaki Belasah Bekas Tunang Lepas Berang Dituduh ‘Songsang’

D3 2 4

Sumber: Instagram
Sumber: MalaysiaKini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.