in

“Watak Mukhsin kah?”- Pelakon Lelaki Belasah Bekas Tunang Lepas Berang Dituduh ‘Songsang’

Featured 47

Berang selepas disuruh untuk tidak meneruskan ‘hubungan sejenis’ dengan rakannya, seorang pelakon lelaki berusia 27 tahun bertindak mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata dan menumbuk mulut bekas tunang sehingga berdarah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata pelakon lelaki terbabit datang ke rumah bekas tunangnya (juga pelakon) berusia 23 tahun di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan sebelum memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta dan terus memaki hamun dengan menggunakan kata-kata kesat dalam kejadian pukul 9 malam, 26 Jun lalu lapor Berita Harian.

Kejadian berpunca berpunca daripada pengadu (bekas tunang) yang meminta suspek untuk tidak meneruskan hubungan sejenis dengan rakannya.Suspek yang marah, bertindak mencekik leher, menumbuk muka dan mencengkam mata serta menumbuk mulut pengadu hingga berdarah.”

Asisten Komisioner Ismadi berkata wanita itu ada mengambil gambar tetapi telah dipadam suspek secara senyap selain dia turut diugut oleh suspek.

Suspek kemudian memutuskan pertunangan mereka pada 21 Julai lalu.

Ujarnya mangsa dirujuk ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan, namun tiada kesan kecederaan ditemui berikutan kejadian sudah lama berlaku.

“Pengadu lambat membuat laporan polis kerana ingin menyelesaikan secara baik tetapi suspek bertindak berlebihan.”

Dsc 0159

Asisten Komisioner Ismadi berkata pelakon lelaki terbabit kemudiannya ditahan polis selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang malam Sabtu lalu.

Hasil soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan terbabit dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan.

Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja selain melakukan ugutan.

1 21
Sumber : facebook

 

Sekarang ni rasanya lebih baik kita duduk dan tunggu kenyataan daripada pihak yang sepatutnya betul tak?

Baca : Ni bukan yang pertama..- Pendedahan Mengejut Haziq Aziz! Dakwa Dah 4 Kali Aksi Ranjang Bersama Menteri Tersebut

Haziq 1