Kecoh sejak beberapa hari lepas apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuat keputusan untuk menyah aktifkan akaun Twitter baginda.
Sampaikan hashtag #AmpunTuanku jadi trending dekat Twitter selepas akaun Twitter Tunku Azizah telah tiada disebabkan buli siber netizen.

Sejak daripada itu, ramai yang merindui dengan gelagat dan telatah comel serta kelakar Tuanku di platform itu. Tapi, seorang arkitek yang juga pelukis ada share yang dia jumpa Tuanku semalam!
Menurut Teme Abdullah, dia berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk menyerahkan hasil lukisannya.
The King & Queen of Malaysia.
Baginda tuanku boleh saja mengupah pelukis ternama bertaraf dunia utk melakar wajah baginda menghiasi istana. Tetapi baginda berdua merendah diri, mencemar duli turun ke bawah & memilih lukisan seorang anak muda mcm aku. Begitulah tuanku dgn rakyat. pic.twitter.com/GhvfmkhP7m
— teme Abdullah (@itsteme) September 12, 2019
Dalam thread yang dikongsikan Teme, dia akui kecewa dengan sikap segelintir masyarakat kita yang tidak berbudi dan tidak menjaga adab.
Malangnya, ada segelintir yang tidak tahu berbudi & tidak mengenal jati diri.
Baginda Tanku berdua sudah tidak perlukan publisiti. Wajah DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong & DYMM SPB Raja Permaisuri Agong sudah terpampang merata-rata di seluruh pelosok negeri.
— teme Abdullah (@itsteme) September 12, 2019
Adab menjadi sesuatu yang mahal pada zaman ini, walhal ia percuma. Maka jadikanlah diri kita dalam kalangan mereka-mereka yang beruntung masih punyai kemewahan adab dan budi dalam jiwa.”
Bukan tu je, Teme juga sempat sampaikan salam Raja Permaisuri Agong kita bersama selfie dari baginda serta Yang di-Pertuan Agong. Dia pun memang dah dapat kebenaran Tuanku untuk kongsi gambar tu dekat media sosial.
Our beloved Queen, DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ada kirimkan salam pada semua. ? Tidak kisah friends or haters.”

Ramai netizen happy dan berterima kasih dekat Teme sebab kongsikan gambar serta sampaikan salam dari Tuanku kepada mereka.

Rindu Tuanku dekat Twitter. ?