in

PERHATIAN! Laporkan Pada Pihak Polis Kalau Anda Kenal Atau Ternampak Lelaki Yang Buli Budak OKU Ini

Buli Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
PERHATIAN! Laporkan Pada Pihak Polis Kalau Anda Kenal Atau Ternampak Lelaki Yang Buli Budak OKU Ini
Loading
/

Gejala membuli ni selalunya kita dengar berlaku kat sekolah ataupun di asrama je. Tapi rupa-rupanya ada juga manusia tak berhati perut yang dengan suka hati membuli orang lain di tempat awam. Lebih teruk lagi, mangsa adalah seorang OKU. Jahatnyaaaa!


Menurut satu perkongsian di Facebook, individu bernama Nur Izzara Aisha telah memuat naik beberapa keping gambar seorang lelaki yang didakwa pembuli. Untuk mengukuhkan dakwaannya, Nur juga ada memuat naik satu video yang menunjukkan kejadian buli yang berlaku.

3 9
sumber: facebook

Dalam video berdurasi 33 saat tersebut, seorang lelaki berbaju hitam dilihat sedang memegang sebatang ranting kayu dan membuli remaja lelaki berstatus OKU itu dikenali sebagai Mohd Nor Akmal.

2 7
sumber: facebook
4 8
sumber: facebook

Selain mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, pembuli tersebut juga dilihat menolak-nolak badan dan leher remaja OKU berkenaan. Mohd Nor Akmal dilihat cuba untuk melawan pembuli itu namun ditertawakan pembuli serta rakannya yang sedang seronok bergelak ketawa dengan apa yang dilakukan.

5 7
sumber: facebook

Berdasarkan perkongsian Nur, pembuli itu dipercayai turut mencuri telefon bimbit jenama Samsung J2 milik Akmal. Beg milik Akmal yang berwarna merah mengandungi wang belanjanya turut dicuri oleh mereka.

Kalau korang nampak kat mana-mana, laporkan je dia kat polis tau!

Tonton video buli tersebut di sini:

Sumber: Facebook

Baca: Pelajar Tahfiz 13 Tahun di Hulu Yam Lari Dari Asrama Selepas Tak Tahan Dibuli Senior

Iai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.