in

Perdana Menteri Umum Pemansuhan MyTravelPass, Individu Lengkap Vaksin Boleh Melancong Ke Luar Negara

2Aiport

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob baru sahaja mengumumkan kebenaran rentas negeri selepas negara mencapai 90% populasi dewasa lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19. Ini adalah berita baik yang ditunggu-tunggu oleh semua selepas hampir 9 bulan aktiviti rentas negeri disekat bagi mengelakkan penularan wabak itu.


Dalam sidang media yang sama, Dato’ Seri Ismail Sabri juga berkata mengenai pemansuhan MyTravelPass untuk aktiviti  ke luar negara bagi urusan-urusan rasmi tertentu atau sebab-sebab lain.

Screenshot 2021 10 10 At 4.17.43 Pm Screenshot 2021 10 10 At 4.17.30 Pm

Beliau berkata, rakyat kini boleh pergi ke luar negara untuk pelbagai urusan termasuk aktiviti tidak rasmi seperti pelancongan mulai esok.

Kerajaan telah membuat keputusan MyTravelPass tidak lagi digunakan. Pihak kerajaan bersetuju memansuhkan penggunaan MyTravelPass untuk rakyat kita yang ingin ke luar negara” – YAB PM

Perdana Menteri turut menambah dalam kenyataan yang sama mengenai syarat kebenaran tersebut. Mereka yang ingin ke luar negara mestilah telah lengkap menerima suntikan vaksin dan masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik sahaja pulang ke tanah air.

Screenshot 2021 10 10 At 4.18.32 Pm

Kebenaran ini berkuatkuasa mulai 11 Oktober 2021 sejajar dengan kebenaran rentas negeri yang diumumkan beliau hari ini.

 

Baca: [TERKINI] Rentas Negeri Mula Esok Hanya Untuk Individu Lengkap Vaksin – PM

Screenshot 2021 10 10 At 4.16.11 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.