in

Perasan Tak Ada Lubang Kecil Di Belakang Baju Kemeja Lelaki? Ini Rupanya Fungsinya

F2 Lbg Baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang gemar memakai kemeja ke pejabat atau ke mana-mana sahaja, mesti perasan kan kewujudan lubang atau gelung kecil yang terdapat pada bahagian belakang baju itu kan.

Selalu juga la lubang itu menyebabkan kita tersangkut kat mana-mana macam pada penyangkut baju atau skru yang ada di kerusi atau dinding. Nasib baik tak tercekik je kan. 


Lbg 3
Gambar sekadar hiasan

Rupanya ada kisah di sebalik rekaan lubang kecil ini pada baju kemeja terutamanya kemeja lelaki.

Menurut Southern Living, rekaan lubang itu dikatakan dibuat pada zaman dulu-dulu ketika ramai lelaki bekerja sebagai pelaut atau anak kapal (sailor).

Di atas kapal, mereka tidak mempunyai almari pakaian untuk menyangkut baju mereka, jadi bermula saat itu, setiap baju mereka direka dengan lubang tersebut untuk memudahkan ia disangkut pada cangkuk pada dinding.

Lbg 2
Gambar sekadar hiasan

Ia juga dipanggil sebagai locker loops dalam bahasa Inggeris kerana pada sekitar 1900, jenama pakaian lelaki Gant turut menjahit baju jualan mereka dengan lubang kecil itu agar mudah untuk pelajar di universiti Ivy League menggantung kemeja di dalam bilik loker agar tidak berkedut ketika mereka sedang bersenam.

Ketika zaman itu juga, difahamkan, lubang itu telah menjadi salah satu status simbol di mana kebanyakan orang lelaki akan menggunting lubang itu untuk menandakan bahawa mereka dah berpunya.

Manakala untuk kaum wanita pula, memandangkan baju kemeja mereka tiada lubang kecil macam ni, mereka akan memakai skarf milik teman lelaki untuk menandakan mereka dah ada kawan istimewa.

So, kesimpulannya, lubang kecil ni direka untuk mudahkan orang dulu gantung kemeja di mana-mana je la sebab tak semua orang dan tempat ada almari dan hanger. 

Sumber: Southern Living

Baca: Tertanya-tanya Kenapa Ada Poket Kecil Pada Seluar Jeans Anda? Ini Kisah Di Sebalik Rekaan Itu

Lbg 1

Sumber: Yahoo! News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.