in

“Perangai macam kera” – Dua Remaja Perempuan Tumbuk Skrin Lif Sampai Pecah Tanpa Sebab

Ape

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Perangai macam kera" - Dua Remaja Perempuan Tumbuk Skrin Lif Sampai Pecah Tanpa Sebab
Loading
/

Lif memang antara satu keperluan penting kat tempat kerja dan kawasan perumahan terutamanya. Kalau waktu lif rosak tu, rasa moody seharian nak kena naik tangga sampai bertingkat-tingkat.


Bila lif rosak dah dibaiki atau diganti baru, sebagai manusia biasa kita seboleh-bolehnya tak mahu sentuh pun button lif tu tak nak bagi kotor atau calar. Tapi apa yang pelik dan boleh buat jadi marah is bila ada orang yang tak bertimbang rasa. Sama dengan dua orang remaja di Hiliran Ampang ni, dorang tanpa sebab rosakkan lif!

11 2
sumber: facebook

Tiba-tiba tumbuk skrin LED lif

Menurut perkongsian Md Yusof Hj Yahya di Facebook, kejadian ni berlaku di sebuah unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang. Dalam rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 8 saat, dua perempuan yang kelihatan seperti di usia awal remaja tiba-tiba je pecahkan skrin dalam lif.

Sebelum keluar daripada lif tersebut, salah seorang remaja menepuk-nepuk skrin LED lif tu. Kemudian seorang lagi remaja tak pasal-pasal menumbuk skrin LED berkenaan sehabis kuat sampai retak dan pecah!

22
sumber: facebook

Lif baru dibaiki kembali rosak

Menurut Yusof, lif tu baru sahaja diganti dengan yang baru. Baru je baiki tengok-tengok dah rosak balik. Dalam entrinya Yusof memang bengang dengan dua orang ni dan minta ibu bapa dorang tampil bayar ganti rugi.

Rata-rata yang tonton video perkongsian Yusof turut naik angin lepas tengok rakaman tu. Katanya remaja yang terlibat tu tak reti bersyukur dan harap dorang sekeluarga dihalau dari PPR.

“Perangai macam kera dapat bunga,” kata seorang netizen.

“Mentaliti kelas bawahan. Ada kemudahan dirosakkan pulak.”

“Banyak lagi orang susah tak dapat bantuan PPR. Kenapa la ada golongan macam ni.”

30742144 2052580941662801 5083929646991409152 N
sumber: facebook

Ada jugak orang yang tak pasal-pasal rosakkan harta benda awam ye. Tak faham kenapa?! Kemudahan yang diberikan tu untuk kegunaan semua orang. Jaga elok elok boleh taaaakkkk?

Tonton rakaman penuh kat sini:

Sumber: Facebook

Baca: Dua Budak Lelaki Dirakam Pecahkan Kunci oBike Dengan Tukul Sebelum Tunggang

Sdsdfa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.