in

Perang Belum Tamat! Belum Reda Covid-19, 11 Mahasiswa Di China ‘Tumbang’ Sebab Norovirus

Feat Noro Final Bebertul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui virus Corona atau Covid-19 ini mula dikenal pasti di China pada hujung tahun 2019 dan telah merebak sehingga ke serata dunia.


Sehingga kini, jumlah individu yang positif Covid-19 di seluruh dunia adalah seramai 37 juta orang. Manakala angka korban gara-gara pandemik ini pula adalah seramai lebih daripada 1 juta orang.

Tatkala ‘perang’ untuk melawan pandemik ini belum lagi tamat, China digemparkan sekali lagi dengan kemunculan virus baharu iaitu Norovirus.

 

Lebih 70 orang mahasiswa mengalami simptom, 11 Positif

Lapor XinHua, virus tersebut telah menyerang sejumlah mahasiswa di sebuah universiti di daerah Taiyuan, ibu kota Provinsi Shanxi, China.

Seramai lebih daripada 70 orang pelajar dari universiti tersebut telah mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sejak Rabu lepas. Perkara itu juga telah disahkan oleh pihak universiti menurut laporan media tempatan.

Jabatan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Taiyuan telah mengambil sampel daripada 28 orang pelajar yang mengalami simptom tersebut.

Mereka kemudiannya telah menjalankan ujian Norovirus pada Rabu dan Sabtu lalu.

Berdasarkan sumber universiti tersebut, hasil pemeriksaan ujian itu menunjukkan seramai 11 orang pelajar disahkan positif Norovirus.

Sehingga semalam, seramai 22 orang pelajar yang mengalami cirit-birit dan muntah masih dirawat di hospital.

 

Pembasmian kuman dilaksanakan

Noro Sanitasi 1

Usaha pembasmian kuman telah dilakukan oleh Universiti Kewangan dan Ekonomi Shanxi di beberapa tempat.

Antaranya termasuklah kompleks asrama, kelas, kafeteria dan kawasan awam yang lain.

Selain itu, pendidikan kesihatan juga diperkukuhkan dan pemantauan berkaitan gejala Norovirus ini telah dilakukan terhadap semua staf dan pelajar universiti berkenaan.

Pihak berkuasa kawalan dan pencegahan tempatan turut giat menyiasat sumber yang menyebabkan jangkitan tersebut berlaku.

 

Cara virus ini menyerang

Norovirus merupakan agen penyebab utama jangkitan usus yang menular melalui hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan pesakitnya.

Makanan merupakan cara utama virus ini boleh masuk dan seterusnya masuk pula ke dalam tubuh badan orang yang memakannya.

Simptom muntah dan cirit-birit disebabkan dijangkiti Norovirus ini biasanya bermula dalam tempoh 12 hingga 48 jam. Simptom ini juga boleh bertahan sehingga 3 hari!

Cara untuk mengurangkan risiko dijangkiti virus ini adalah dengan kerap mencuci tangan, membasuh buah-buahan atau sayur-sayuran sebelum dimakan, menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Kata kunci dia kat sini adalah sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal supaya tak dijangkiti virus berbahaya.

Baca: Belum Reda COVID-19, Kini Virus Bawaan Kutu Pula Sedang Menghantui China

Baca Virus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.