in

Belum Reda COVID-19, Kini Virus Bawaan Kutu Pula Sedang Menghantui China

Untitled collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan hidup di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19, dan satu persatu virus lain muncul tanpa disangka-sangka. Sangat menakutkan, boleh tak senang duduk dibuatnya.

Namun itulah realitinya di China ketika ini, apabila republik itu dilapor sedang berdepan satu lagi wabak baharu — kali ini menular menerusi jangkitan kutu atau tick borne, dan dikenali dengan nama Severe Fever with Thrombocytopenia Syndrome (SFTS).


virus tick borne

Menerusi laporan news.com.au, setakat ini virus maut itu telah menjangkiti lebih 60 mangsa dan mengorbankan enam nyawa di wilayah Jiangsu.

Antara simptom jangkitan daripada kutu tersebut termasuk demam panas melebihi 39 darjah celcius, pendarahan dan keletihan. Memetik laporan CNBC Indonesia, virus itu sebenarnya sudah lama wujud sejak 2009. Bukan setakat China, ia juga pernah dikesan di Jepun dan Korea.

Meskipun kebanyakan mangsa dijangkiti menerusi gigitan kutu, namun pakar kini percaya ia boleh menjangkiti individu lain melalui darah, saluran pernafasan dan tempat luka di badan.

Malah haiwan yang telah dijangkiti wabak itu juga dipercayai berpotensi menularkan jangkitan itu kepada manusia. Namun punca jangkitan utama masih lagi menerusi gigitan langsung daripada kutu.

 

Baca: Bukan Bakteria, Bukan Virus! Otak Lelaki ‘Dimakan’ Amoeba, Jabatan Kesihatan Florida Beri Amaran!

Capture 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.