in

[VIDEO] Penyu Akhirnya Muncul Semula Di Pantai Batu Burok, Terengganu Selepas 16 Tahun ‘Menghilang’

Ft Penyu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendaratan penyu di sesebuah pantai menunjukkan kawasan perairan di situ selamat dan tiada pencemaran air yang berlaku. Tetapi di Malaysia sudah 16 tahun tidak menerima sebarang berita mengenai penyu.



Tetapi semalam, khabar mengenai kehadiran penyu di Pantai Batu Burok Terengganu telah mengejutkan satu Malaysia. Dikhabarkan seekor penyu betina seberat kira-kira 100kg telah mendarat di pantai peranginan tersebut pada jam 6:30 petang.

“Ada yang tak percaya”

Dalam perkongsian @ashraffarhsadi akaun Twitter miliknya, dia telah memuat naik satu video rakamannya yang menunjukkan penyu jenis Agar itu mendarat di Pantai Batu Burok berhampiran Hotel Primula semalam. Tu pun tak percaya lagi ke?

Selain itu, seorang lagi saksi, Che Muktar Bakar, 57, yang juga Pengarah Politeknik Besut berkata, beliau teruja melihat kelibat seekor penyu agar betina mendarat sewaktu sedang berjogging di kawasan pesisir pantai tersebut.

“Haiwan reptilia itu naik secara perlahan-perlahan menuju ke arah pantai dengan mengibas kedua-dua sayapnya sebelum mengorek pasir untuk bertelur.

Dia juga melihat proses penyu itu bertelur sehingga waktu maghrib (7:21pm) dan difahamkan penyu tersebut turun ke laut pada jam 8:00 malam. Lapor Kosmo.

“Telur tu siapa yang ambil?”

Penyu itu telah menghasilkan telur sebanyak 50 biji. Telur itu dikutip aktivis pemuliharaan penyu sebelum diserahkan kepada Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang untuk tujuan pengeraman.

Penyu E1629188435942

Berdasarkan jumlah telur yang dihasilkan dan saiz trek , penyu itu dianggarkan berusia 15 hingga 18 tahun. Berita gembira tentang penyu ini telah diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia yang menunggu selama 16 tahun.

Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak mengganggu proses naik dan turun penyu ke laut. Perbuatan ini boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Penyu 1951 (pindaan 1987) yang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Lepas ni min harap penyu tu boleh ajak kawan-kawan dia bertelur dekat situ sebab selamat.

Baca: Tahukah Anda Ayam Betina Boleh Bertelur Walaupun Tanpa Ayam Jantan Ini 6 Fun Facts Tentang Ayam

Ayam E1629188711754

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.