in

Penjara 50 Tahun! Liwat Pelajar Tahfiz di Bilik, Warden Asrama Akhirnya Dapat Hukuman Setimpal!

Ft Liwattahfiz

Seorang warden asrama dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan 20 sebatan atas kesalahan meliwat lima pelajar di sebuah pusat tahfiz di Simpang Empat, Arau pada April 2019. Menurut Utusan, keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azmi Abdullah selepas membenarkan rayuan terhadap hukuman dijatuhkan Mahkamah Sesyen sebelum ini pada 29 Mei 2019.

Hukuman itu dikurangkan oleh Mahkamah Tinggi di mana sebelum ini Nawawi Anuar, 29, dijatuhkan hukuman penjara 228 tahun dan 42 sebatan. Berdasarkan hukuman di Mahkamah Sesyen terdahulu, ada hukuman dijalankan serentak menjadikan hukuman penjara sebanyak 133 tahun. Bagaimanapun, pada Februari tahun lalu perayu telah memfailkan rayuan mengurangkan hukuman terbabit.

Liwat1

 

Hukuman dikurangkan…

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali, Norshuhada Mohd Yatim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Hapiz Rajali, NorHarniza Rusli, Nor Herdawati Harun, Siti Hajar Che Ahmad dan Zamri Ibrahim.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (KK), 377C KK, Seksyen 15(e) serta Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kata Zamri, hujahan dibuat bagi mengurangkan hukuman penjara kerana kebanyakan hukuman dijatuhkan di Mahkamah Sesyen sebelum ini dijalankan secara berasingan.

“Kebiasaannya hukuman yang dijatuhkan kepada tertuduh adalah dijalankan secara serentak. Itu ‘point’ yang kami hujahkan.”

Court

Difahamkan, pihak pembelaan dalam proses perbincangan sama ada mahu meneruskan proses rayuan hukuman yang dijatuhkan tersebut di Mahakamah Rayuan. Ini kerana kebanyakan hukuman yang dijatuhkan di Mahkamah Tinggi juga dijalankan secara berasingan serta mengambil kira usia manusia yang mungkin tidak dapat hidup begitu lama.

 

Kantoi lepas cikgu buat laporan

Tertuduh dilaporkan ditahan selepas salah seorang guru pusat tahfiz terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat pada 9 Mei 2019 tentang kejadian berkenaan.

Susulan itu, salah seorang mangsa yang berusia 15 tahun turut memberanikan diri membuat aduan pada 24 April 2019. Mangsa mendakwa telah diliwat dan dipaksa melakukan amang seksual di bilik warden.

Suspek turut didakwa mengugut untuk memukul mangsa jika kejadian berkenaan dilaporkan namun kerana tidak tahan diperlakukan sebegitu, mangsa akhirnya bertindak membuat aduan.

Baca: Bekas Askar Dijatuhkan Hukuman Penjara 16 Tahun & 6 Sebatan Kerana Merogol Gadis Bawah Umur

Collage 3

Sumber: Utusan