in

Peningkatan Kes Baharu, Sepanyol Isytihar Perintah Berkurung Untuk Kawal Covid-19

Ft Covid 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peningkatan kes Covid-19 memaksa Sepanyol mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh negara itu kecuali Kepulauan Canary.


Keputusan itu diambil oleh Sepanyol selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan kenaikan kes Covid-19 sepanjang tiga hari beturut-turut.

Perbincangan selama dua jam setengah itu diputuskan semalam selepas pentadbir wilayah mendesak untuk perintah berkurung di kenakan di kawasan masing-masing.

Menurut Perdana Menteri, Pedro Sanchez, situasi yang dialami negara itu berada pada tahap yang sangat ekstrem dan keputusan perintah berkurung itu diambil bagi mengatasi gelombang kedua virus Covid-19 yang sedang melanda.

Capture 1 11 4

 

Kawalan pada waktu malam

Susulan desakan daripada pentadbir wilayah, perintah kawalan dikenakan bermula pada jam 11 malam hingga 6 pagi.

Walaupun cadangan asal untuk perintah berkurung itu dijalankan adalah selama 15 hari, namun terdapat rancangan untuk meminta parlimen melanjutkan tempoh itu kepada enam bulan.

 

Capture 2 5 1

Wow, lamanya!

Namun menurut Sanchez, sekiranya keadaaan mengizinkan, tempoh perintah berkurung tersebut dapat ditamatkan lebih awal lagi lapor Berita Harian.

Tempoh kawalan tersebut membolehkan pergerakan keluar masuk disekat di setiap wilayah bagi membant mengawal penyebaran wabak ini.

Semoga segala usaha yang dijalankan oleh setiap agensi, kerajaan dan individu membuahkan hasil. Jangan lupa, perang belum tamat ya!

 

Baca : Seorang Kakitangan MRT Laluan Kajang Dilaporkan Positif Covid-19

Capture 9 8

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.