Seorang pengantin wanita dari India dilaporkan meninggal dunia sakit jantung kerana menangis berlebihan sebelum meninggalkan rumah orang tuanya.
Menurut News 18, kejadian ini berlaku di Sonepur, Odisha pada 5 Mac lepas ketika si mati berada di rumah keluarganya sebelum upacara bidaii (satu upacara dimana pengantin wanita dibawa ke rumah keluarga suami selepas majlis perkahwinan),
Dilaporkan, si mati, Rosy Sahu, kelihatan sihat semasa hari perkahwinannya pada malam sebelumnya (4 Mac).
Walaubagaimanapun, pagi esoknya, dia dah mula menangis teresak-esak tanpa henti. Saksi mengatakan dia menangis terlalu teruk sampai pengsan. Salah seorang tetamu yang hadir pada hari majlis tersebut mengatakan bahawa Rosy dalam keadaan tertekan ketika ayahnya meninggal beberapa bulan yang lalu.
“Dia terus menangis semasa dalam perjalanan untuk hantar dekat tempat barunya. Kami tahu yang dia sekarang sangat tertekan sejak kehilangaan ayahnya beberapa bulan lalu.” Kata Ramesh Sahu, penduduk setempaat menerusi Hindustan Times.
Semasa pengsan, ahli keluarga dan saudara mara mereka cuba sedarkan Rosy dengan merenjis air di muanya, tapi tak berkesan. Rosy kemudiannya dikejarkan ke wad kecemasan Dunguripallu CHC sebelum disahkan meninggal dunia.
Difahamkan, punca kematian akibat kegagalan jantung berfungsi dan memandangkan Rosy adalah seorang wanita muda dan nampak sihat, polis Binika akan menyiasat dengan lebih lanjut.
Mayat Rosy kemudian dihantar untuk bedah siasat dan hasil akan dibentangkan selepas semuanya selesai
“Kami tidak menyangka dia akan mati sedemikian rupa. Dia gadis yang baik,” kata Ramesh Sahu lagi.
Baca : Kluster Kenduri Kahwin, Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Meninggal Dunia