in

Kluster Kenduri Kahwin, Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Meninggal Dunia

Untitled Collage 73

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor meninggal dunia setelah dijangkiti COVID-19.


Lebih memilukan, jangkitan itu turut meragut nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.

Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.

Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya meninggal dunia pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan meninggal dunia pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang meninggal dunia pada 9 November.

Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

 

Baca: “Pastu kenduri buat livestream je” – Elak Covid-19, Boleh Kahwin Online Je Kat Dubai!

Capture 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.