in

Pendedahan! Rupanya 19 Produk Kecantikan Sajat Tak Lulus KKM?

Featured 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini dah banyak Kementerian Kesihatan Malaysia dedahkan produk-produk di pasaran yang menipu pengguna dengan mendakwa produk tersebut selamat digunakan dan dah dapat kelulusan KKM, hakikatnya tidak!


 

Sajat jual produk tak lulus KKM?

Namun apa yang dilaporkan media baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman didakwa memiliki 19 produk kecantikan yang tidak berdaftar dengan KKM.

Hah! Pulak dah…

Akibat daripada dakwaan itu, Sajat semalam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah.

Img 20190513 Wa0001
Sajat hadir di mahkamah kira-kira pukul 10. 20 pagi dengan memakai kebaya merah

Sajat 34 tahun dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kedai yang menjalankan perniagaannya di Bandar Baru Uda tahun lepas.

 

Kalau salah, Sajat boleh dikenakan denda sampai RM25,000 dan 3 tahun penjara

Memetik utusan, mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norasidah Abd. Rahman, sepasukan anggota dan pegawai unit farmasi KKM telah melakukan pemeriksaan di premis tersebut pada pukul 12 tengahari, 15 Ogos 2018.

Ketika itu pasukan tersebut bertindak merampas 19 jenis produk kecantikan bernilai hampir RM10,000, bagaimanapun sewaktu pemeriksaan Nur Sajat tiada di premis berkenaan.

Kalau korang nak tau, antara produk Sajat yang dirampas ialah pemutih kulit dan beberapa produk kecantikan lain.

Tindakan ini diambil mengikut mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984 dan merupakan satu kesalahan mengikut Peraturan 30(1) Peratutan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984.

Sajat didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 dan sekiranya sabit kesalahan dia boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara hingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.”

Img 20190513 Wa0003

Selepas pertuduhan dibacakan, Pegawai Pendakwa Bahaian Perkhidmatan Farmasi Johor memohon kepada mahkamah supaya meletakkan RM8,000 sebagai jaminan dengan seorang penjamin.

Namun Sajat menerusi peguam belanya memohon wang tersebut dikurangkan kepada RM1,500.

Bagaimanapun, Majistret Norasidah Abd. Rahman menetapkan RM7,000 sebagai jumlah wang jaminan dan seorang penjamin serta 23 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Takkan lah produk Sajat tak lulus KKM? Tak mungkin lah Sajat aniaya pengguna kan.

 

Baca : Kau cerai bini mengandung, kau ambik janda ke Selamba Sajat Carut PU Abu Dekat IG Live

Sajat Abu

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.