Pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tahun Satu bagi kalendar akademik sesi 2024/2025 akan bermula pada 2 Mei hingga 30 Jun ini.
Menerusi hantaran yang di buat di Facebook Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini, pendaftaran kemasukan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian memalui Modul Pengurusan Awam Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my.
Menurut hantaran tersebut juga, kanak-kanak yang layak memohon adalah warga Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.
Berikut adalah langkah-langkah pendaftaran yang dikongsikan :
- Pendaftaran pertama kali menlalui idMe oleh ibu bapa / penjaga kepada anak jagaan
- Ibu bapa / penjaga perlu klik pautan https://idme.moe.gov.my.
- Pilih modul pengurusan awam
- Isi atau kemaskini Pengurusan Profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan
- Klik tambah anak / jagaan dan kemaskini (sekiranya belum wujud)
- Setelah selesai di modul Pengurusan Profil, pilih Permohonan Kemasukan
- Klik Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 KPM Tahun 2024
Dalam satu hantaran yang lain, pihak KPM turut menjawab pelbagai soalan lazim mengenai pendaftaran kemasukan kanak-kanak berkenaan.
Siapa-siapa yang anak-anak dah cukup umur tu, boleh lah mula mendaftar bila dah dibuka nanti.
Baca : [VIDEO] Netizen Kagum Lihat Cikgu Tunggu & Payungkan Pelajar Ketika Hari Hujan