Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) kini telah pun membuka pendaftaran dos penggalak untuk semua orang dewasa berusia 18 tahun dan ke atas.
Memetik laporan dari NST Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata dalam kenyataannya semalam, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) telah memberi saranan supaya dos penggalak diberikan kepada semua orang dewasa yang telah menerima vaksin lengkap sama ada Astra Zeneca, Pfizer atau Sinovac.
Katanya lagi, kerajaan telah membuat keputusan untuk membuka pendaftaran dos penggalak ini bukan sahaja untuk individu berusia 40 tahun dan ke atas tapi untuk semua orang dewasa yang telah melengkapkan dua dos utama sebelum ini.
Tempoh masa bagi mengambil dos penggalak berlainan bagi setiap individu bergantung kepada dos utama yang diterima dan dari status kesihatan bergantung kepada usia dan penyakit komorbiditi.”
Khairy juga berkata dos penggalak ini akan diberikan dengan memfokuskan terhadap warga emas dulu seperti program imunisasi sebelum ini.
Petugas barisan hadapan yang mempunyai masalah kesihatan, ibu mengandung atau individu yang mempunyai perancangan untuk pergi ke luar negara akan diutamakan juga bagi dos penggalak ini.”
Menteri Kesihatan ini turut menambah, CITF-B menggalakkan vaksin campuran (mix and match) bagi orang yang menerima Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac. Ini kerana vaksin Pfizer sebagai dos penggalak adalah sesuai untuk semua jenis vaksin lebih-lebih lagi bagi individu berumur 50 tahun ke bawah.
Bagaimanapun, untuk warga emas yang menerima AstraZeneca sebagai vaksin utama, kami menyarankan agar mereka menerima booster AstraZeneca untuk tingkatkan lagi kadar kecekapan vaksin.
Pendaftaran dos penggalak ini dibuka di MySejahtera serta laman web Protect Health di https://protecthealth.com.my
Baca: Terlepas Dos Kedua Pfizer Atau Nak Daftar Booster Dose, Ini Cara Untuk Register & Check Kelayakan