in

Pemuda Viral Di Twitter Gara-Gara Dedahkan ‘Sesuatu’ Yang Buat Ramai Terkejut

Cdf X Lm Ft Image

TikTok merupakan media sosial yang semakin hari semakin mendapat tempat dalam kalangan orang Malaysia, selain TikTok sudah pastinya media sosial lain seperti Facebook, Twitter dan Instagram masing-masing mempunyai penggunanya yang tersendiri.

Sedar akan adanya ‘kuasa’ untuk mempengaruhi orang ramai melalui saluran-saluran ini, semakin hari semakin banyak kandungan berasaskan penyampaian maklumat dan sebagainya ada dikongsikan.

Macam perkongsian kali ini, yang telah menarik perhatian ramai oleh seorang pengguna Twitter @Iqtodabal ini telah menerima hampir 70 ribu tontonan selain dibanjiri banyak komen daripada pengguna lain.

@iqtodabalSambil Squid Game masih trending… ##politikmalaysia ##ketuananpengundi ##lompatparti♬ original sound – Iqbal

“Sementara Squid Game tengah trending”

Selain itu, baru-baru ini, Iqbal turut kongsikan suatu isu yang agak ‘berat’, dan ianya telah menjadi perbualan ramai selain ramai antara mereka yang mengatakan perkongsiannya mudah untuk difahami.

 

Bagaimanapun ada yang mengatakan perkongsian Iqbal sedikit kontroversi apabila turut menyentuh mengenai situasi politik semasa, namun selepas mendengar penjelasan lelaki ini, ramai mula tahu dan sedar mengenai CDF yang diperkatakan tersebut.

Twitter Comment

Dalam video tersebut, dia ada memberi beberapa cadangan antaranya :

  1. Tetapkan formula peruntukan di setiap kawasan
  2. Sumber dana CDF dinyatakan dalam bajet tahunan

Fuh, sekiranya betul apa yang dikatakan ni haraplah pihak yang sepatutnya dapat selesaikan masalah ini. Kalau tak, sampai bila-bila kita berkemungkinan berhadapan dengan situasi yang sama setiap tahun.

Sumber: Twitter