Setiap daripada kita pasti mempunyai kisah pahit dan manis ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain masih struggle untuk menjawab soalan peperiksaan, ada segelintir daripada kita yang diuji dengan pelbagai masalah.
Pemuda throwback kisah jawab SPM di hospital
Satu hantaran yang dikongsi oleh @Zulfadhli_787 di X telah membuatkan ramai netizen kagum dengannya. Zulfadhli Zulkiple menceritakan pengalamannya menjawab peperiksaan SPM pada tahun 2015 ketika dia sedang menjalani rawatan kemoterapi di hospital.
Artikel berkaitan: Berat hanya 35kg, Elyana Tunjuk Keadaan Terkini Selepas Berhenti Buat Kemoterapi
Artikel berkaitan: “Ayah tak mahu orang lain mati” – Anak Terharu Bapa Kanser Tahap 4 Sanggup Jadi Bahan Ujikaji Kemoterapi Demi Bantu Pesakit Kanser Lain
Bagaimanapun, Zulfadhli berjaya memperoleh keputusan cemerlang 8A dan 1B walaupun terpaksa menjalani rawatan kemoterapi ketika sedang bersekolah.
UPSR dapat 5A, PMR dapat 8A, SPM 8A 1B.. Foundation in Computer Science 3.7, Bachelor Computer Science 3.7
Aku ambil SPM serentak buat kemoterapi. Cuma masa peperiksaan, dia bagi berhenti untuk masuk kemoterapi sekejap. Tingkatan 4 sekolah 6 bulan… tingkatan 5 sekolah 6 bulan sahaja. Pengawas jaga aku semua tidur je weh sebab wad sejuk.
Kanser semakin pulih
Bercerita tentang pengalamannya itu, Zulfadhli turut berkongsi gambar dirinya sedang menjawab soalan peperiksaan di dalam wad pesakit. Ada juga guru yang datang ke hospital untuk mengajarnya satu selama 2 jam dalam satu minggu.
Adalah juga cikgu yang volunteer datang ajar sekejap. Kebanyakannya sekali seminggu untuk 2 jam. Yang lain kena belajar sendiri.
Buat yang tanya, kanser saya tak hilang lagi sepenuhnya tapi dia stabil dan sangat kecil. Tapi masih buat check up secara berkala di HUKM sebab dah selesai rawatan kemoterapi.
UPSR – 5A
PMR – 8A
SPM – 8A 1B
Foundation in CS – 3.7ish
Bachelor Of CS – 3.7ishAku ambik SPM serentak buat chemo.Cuma time exam dia kasi stop masuk chemo skjp.Form 4 sekolah 6 month shj, Form 5 sekolah 6 month shj jugak😂. Pengawas jaga aku semua tido je weh sbb wad sejuk 🤣 https://t.co/ZcoP8MLtmW pic.twitter.com/1p91euXO7z
— Zul (@Zulfadhli_787) May 14, 2024
Meninjau ke ruangan balas, rata-rata pengguna X mendoakan Zulfadhli agar dia sentiasa sihat.
Ujian hebat untuk orang yang hebat!
Sumber: X