in

Pempengaruh Korea M*ti Lepas Buat ‘Live’ Di TikTok, Mayat Ditemui Di Kawasan Gunung

pempengaruh korea mati di gunung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pempengaruh Korea Selatan ditemui mati dalam keadaan mencurigakan di kawasan pergunungan Muju, Wilayah Jeolla Utara selepas bersiaran langsung di TikTok.

Menurut laporan, mangsa, Yoon Ji-ah yang memiliki lebih 300,000 pengikut di TikTok ditemui tidak bernyawa pada 11 September lalu, kira-kira 30 minit selepas menamatkan siaran langsung terakhir dari Pulau Yeongjong, Incheon.


Ketika ditemui pihak berkuasa, badan Ji-ah dipenuhi kesan lebam dan tanda dicekik. Polis mengesahkan kematian mangsa adalah akibat lemas disebabkan tekanan pada leher.

Polis percaya, suspek telah membunuh mangsa dan membuangnya ke kawasan pergunungan terbabit sejauh tiga kilometer dari lokasi terakhirnya.

influencer korea

Artikel berkaitan: “Berlaku 10 minit lepas kad hilang” – Pelakon K-Drama Dakwa Hilang RM45,000 Ketika Bercuti Di Bali

Artikel berkaitan: “Tiada sebarang kesan” – Penemuan Mayat 6 Pelancong Dalam Hotel Mewah Di Bangkok Cetus Misteri

Suspek VIP ditahan

Susulan kes itu, suspek, seorang lelaki berusia 50-an dikenali sebagai Choi, telah ditahan pada 13 September selepas rakaman CCTV menunjukkan dia memaksa Yoon masuk semula ke dalam sebuah kenderaan pada jam 3.27 petang hari kejadian.

Choi merupakan CEO sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) dan merupakan figura berpengaruh dalam industri penstriman video.

Dikenali sebagai ‘VIP berbelanja besar’ di platform video di mana dia menggunakan nama samaran ‘Black Cat’, Choi meyakinkan Ji-ah untuk menjadi rakan kongsi perniagaan.

Mangsa dipercayai ingin memutuskan kerjasama dengan Choi kerana arahan berbentuk paksaan dan jadual kerja yang tidak munasabah.

pempengaruh korea

Menurut laporan, suspek dilihat pada waktu kehilangan mangsa dengan membawa sebuah beg pakaian menuju ke gunung itu.

Dia didakwa berhenti lapan kali sebelum tiba di tempat kejadian dengan harapan dapat mengelirukan siasatan polis.

Suspek pada awalnya menafikan penglibatan tetapi kemudian mengaku selepas mengetahui mayat Ji-ah telah ditemui.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.