Tahniah Ammar Nazhan!
Pempengaruh Ammar Nazhan dilaporkan telah selamat merisik kekasih hatinya, Elya Maisara dalam satu posting yang dimuat naik oleh gadis itu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Elya yang juga seorang pempengaruh dilihat memuat naik hantaran dengan kapsyen bertulis, ‘One ring down’ menandakan pasangan ini sudah ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: Ammar Nazhan Tak Mengaku Salah Atas Tuduhan Bergaduh Di Restoran
Artikel berkaitan: “Fikirlah sebelum nak pertahankan juga” – Caprice Beri Pesanan Pada Ammar Nazhan, Lepas ‘Kantoi’ Isu Insiden Palsu
Dalam hantaran itu juga, dapat dilihat beberapa gambar memaparkan Elya yang manis berbaju kurung moden rona lavender bersama Ammar yang berkemeja hitam. Elya juga memaparkan jari manisnya yang kini terisi cincin merisik.
Dikongsikan juga gambar seorang wanita dipercayai ahli keluarga Ammar menyarungkan cincin ke jari Elya dan video yang memaparkan kek bertulis ‘Majlis Merisik’.
Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan menyampaikan ucapan tahniah kepada pasangan ini, semoga urusan ke gerbang perkahwinan mereka dipermudahkan kelak.
Sumber: Instagram
