in

“Peminjam yang gagal bayar hutang perlu buat kerja khianat untuk settlekan hutang along”

Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengejutkan! Namun ini pendedahan yang dibuat Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengenai sindiket along yang berlaku di negeri tersebut.


Ini yang ditawarkan sindiket tersebut…

Peminjam yang gagal melunaskan bayaran akhir untuk melakukan kerja khianat seperti menyimbah cat merah selain membaling molotov cocktail terhadap kediaman peminjam lain…”

“Sebahagian besar peminjam sindiket along ini membabitkan kaki judi.

Datuk Ayob berkata, jika perkara itu dapat dilakukan, kemungkinan hutang kepada along tersebut dapat dilupuskan atau dikurangkan.

1 2

 

Peminjam sanggup buat apa sahaja asalkan hutang langsai!

Justeru itu katanya, golongan peminjam ini akan melakukan apa sahaja bagi memastikan mereka terselamat dari along, termasuk melakukan kerja khianat terhadap peminjam lain.

 

Contoh kes :

Pada 22 Ogos, seramai 3 individu ditahan berusia 29 hingga 46 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Skudai dan Johor Jaya.

“Taktik sindiket along ini ialah mensasarkan warga tempatan yang bekerja di Singapura dengan memberi pinjaman secara dalam talian, mangsa tidak berjumpa secara bersemuka dengan along terbabit.

“Jika mangsa gagal melunaskan hutang, along akan mencari alamat tempat tinggal mangsa dan menyimbah atau menconteng rumah mangsa menggunakan cat merah selain membaling molotov cocktail,”

 

Malah along turut merantai rumah peminjam yang gagal bayar mengikut masa ditetapkan, malah mereka turut meninggalkan nota ugutan.

Sehingga kini menurut rekod, sebanyak 398 kertas siasatan dibuka oleh PDRM kontinjen Johor berkaitan pinjaman along sejak awal tahun ini hingga Ogos lalu.

 

Baca : Mayat dia, saya isikan dalam guni; #Throwback Kronologi Pembunuhan Kejam Along Spoon

2 2

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.