in

Peminat Terkejut Tengok Wajah Terbaru Johnny Depp Ni

Page Jd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal Johnny Depp. Dia merupakan antara pelakon Hollywood kegilaan ramai yang juga terkenal dengan role sebagai Captain Jack Sparrow dalam filem Pirates of The Caribbean


Pelakon yang bakal berumur 55 tahun pada 9 Jun ini turut terkenal dengan aksi lakonan yang hebat sehinggakan pernah satu ketika dia mengatakan anaknya sendiri tidak mengenalinya dalam filem Charlie and The Chocolate Factory.

Johnny Depp Getty
sumber: maxim

Namun begitu, kali ini Johnny Depp dah buat ramai peminat terkejut dengan keadaan dirinya. Depp yang sebelum ini kelihatan sihat dan bertenaga, kini kelihatan seperti seorang yang sakit.

Jd
sumber: news
Jd4
sumber: twitter

Peminat mula risau dengan keadaan Depp selepas gambarnya dengan peminat tular di media sosial. Difahamkan, gambar tersebut diambil di Rusia pada minggu lalu sebelum dia beraksi dalam satu konsert bersama band muziknya, The Vampires Hollywood di Hotel For Seasons.

“Dia nampak kurus.”

“Itu Johnny Depp ke?”

“Hero saya nampak sakit!”

Jd3
sumber: the star

Berdasarkan gambar berkenaan, ramai yang menganggap Depp kini sedang sakit dan kemungkinan susah hati kerana dah melalui penceraian dan menghadapi masalah dengan syarikat yang menguruskannya.

Namun begitu, ada juga yang mengatakan kemungkinan Depp dengan sengaja mengurangkan berat badan bagi memenuhi kehendak wataknya di dalam filem yang bakal dia lakonkan nanti.

Yang peliknya, peminat yang menghadiri konsert Depp mengatakan mereka tidak nampak perbezaan antara Johnny Depp dan bandmatesnya. Mereka juga mengatakan Johnny Depp nampak sihat dan ceria sekali semasa membuat persembahan.

Hy
sumber: twitter

Harap-harap dia macam tu sebab lakonan dan bukannya sebab sakit.

Baca: Masih Ingat Rosalinda? Ini Wajah Terbaru Ratu Telenovela Kegemaran Ramai 18 Tahun Dulu

Rosalinda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.