in

Pemilik Warung Aziz Satar Di Kemaman Terkorban Dalam Kemalangan

1warung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepasang suami isteri yang juga pengusaha kedai makan terkenal, Warung Aziz Satar, maut dalam kemalangan di Kilometer 162.9 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur malam semalam. Dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam itu, kedua-dua mangsa, Aziz Awang berusia 68 tahun dan isterinya, Hasnah Mat Nong, 64 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Screenshot 2025 10 11 at 12.08.21 PM

Memetik laporan Harian Metro, siasatan awal mendapati kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Kemaman, Terengganu bersama empat pekerja dan seorang kanak-kanak perempuan. Ketika melalui kawasan berkenaan, hujan lebat menyebabkan jalan licin dan pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan terbabas ke dalam longkang di bahu kiri jalan.


Pasangan suami isteri berkenaan maut di tempat kejadian, manakala tiga pekerja dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun cedera. Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di Temerloh untuk rawatan lanjut.

Mayat Aziz dan Hasnah telah dihantar ke Hospital Jengka untuk proses bedah siasat pagi tadi bagi membantu siasatan lanjut. Polis mengesahkan punca kemalangan berpunca daripada keadaan jalan licin akibat hujan lebat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Screenshot 2025 10 11 at 12.02.30 PM

Pasangan suami isteri itu dikenali ramai di kawasan Kemaman kerana mengusahakan Warung Aziz Satar, sebuah kedai makan yang terkenal dengan hidangan makanan laut panggang. Pemergian mereka dianggap satu kehilangan besar kepada penduduk setempat dan pelanggan tetap yang mengenali mereka sebagai pasangan yang peramah dan mesra pelanggan.

 

Baca: Gara-gara Kejar Ambulans Bawa Nenek, Pemandu Sebabkan Kemalangan Dengan 5 Kenderaan

Screenshot 2025 10 11 at 12.08.02 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.