in

Pembelajaran Jawi Di SJK & SK Dalam Subjek BM Diteruskan Tahun 2021 – KPM

Ft Jawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adakah pembelajaran Jawi bertujuan untuk mengislamisasikan pelajar yang bukan Islam? Mari tau sedikit sebanyak mengenai pembelajaran Jawi yang dimasukkan dalam silibus subjek Bahasa Melayu pelajar.


  • Pengenalan tulisan Jawi ini dimuatkan sebanyak tiga muka surat (sahaja) di dalam buku teks.
  • Pengenalan tulisan Jawi tidak dinilai dalam apa-apa ujian atau peperiksaan.
  • Mesyuarat Jemaah Menteri turut menetapkan supaya tulisan Jawi dikekalkan dengan nama ‘pengenalan tulisan jawi’ (bukannya khat)

Perkara ini dikritik hebat oleh ramai orang yang mengatakan Jawi bukan perkara yang mustahak dalam bahasa Melayu, selain ditolak kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan.

 

Pengenalan Jawi ; pengecaman

Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya menjelaskan, pembelajaran Jawi ini bukanlah menyuruh pelajar untuk menghafal huruf-hurufnya.

Asas pengajaran tulisan jawi adalah sebahagian daripada seni, warisan dan sejarah yang perlu dihargai dan diperkayakan.

Kita bukan mengajar menulis dan membaca atau mengajar 30 huruf dalam ‘Alif, ba, ta’, sebaliknya ia sekadar proses pengecaman. Contohnya dalam wang kertas kita ada tulisan jawi di belakangnya.

Ada tulisan Bank Negara Malaysia dan Ringgit Malaysia dalam tulisan jawi. Jadi, dalam pengenalan tulisan jawi bagi (murid) Tahap 2 Tahun 4 bermula tahun ini, hanyalah proses pengecaman yang perlu mereka pelajari.”

Jadi, Kementerian Pendidikan membuat keputusan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) pada 2021, lapor Sinar Harian.

Tambah Muslimin Yahaya, ia berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 14 Ogos tahun lalu yang memutuskan supaya pengenalan tulisan jawi tetap diteruskan di SJK dan SK.

 

Baca : “Setakat tiga helai je” – Dong Zong Nak Buat Persidangan Bantah Tulisan Jawi Yang Diperkenalkan Kementerian?

Jawi1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.