in

Pemandu Teksi Jalan Kaki Lebih 300KM Ke Istana Negara, Gesa Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP

noorazlan pejalan kaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa hari lepas, kecoh di media sosial apabila seorang pemandu teksi memulakan misi ‘luarbiasa’ apabila dia nekad berjalan kaki dari Tol Skudai, Johor ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum pengeluaran KWSP secara one-off.

Noorazlan Ismail yang juga bapa kepada 5 orang anak itu tiba di Istana Negara, Kuala Lumpur selepas berjalan kaki sejauh 312KM selama kira-kira lima hari.


https://www.instagram.com/p/Cqj15NeNWsj/

Menerusi Astro AWANI, Noorazlan berkata dia melakukan perkara ini kerana dia sangat memerlukan wang KWSP tersebut, selama ini dia banyak mengikuti perkembangan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong pengeluaran itu tetapi banyak yang ditolak.

“Ramai yang menawarkan bantuan dalam bentuk wang dan ada yang pelawa untuk menumpang tetapi itu bukan motif saya.

Kalau nak cepat sampai, memang saya naik bas. Saya mahu pemimpin nampak,” katanya.

Misinya itu berjaya apabila memorandum yang dibawanya itu dapat diberikan kepada pihak istana malah, dia turut diberikan sedikit sagu hati daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dia turut memberitahu, wang KWSP tersebut mahu digunakannya untuk membayar semua hutangnya yang terlalu banyak selepas pendapatannya terganggu ketika wabak Covid-19.

Difahamkan, dia dijangka dibawa ke Parlimen untuk bertemu wakil-wakil rakyat petang ini.

Baca: Ramai Tak Setuju PMX Nak Jadikan Simpanan KWSP Sebagai Cagaran ‘Loan’ Bank

Anwar Cadang Kwsp Cagaran Bank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.