in

Pemandu Perodua Kenari Nyaris Maut Bertembung Dengan Pemandu BMW Yang Biadab

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pemandu Perodua Kenari Nyaris Maut Bertembung Dengan Pemandu BMW Yang Biadab
Loading
/

Sepatutnya kalau memandu kereta besar, pemikiran pun mestilah serupa dengan kereta yang dibawa. Ya betul! Namun ia terbukti sebaliknya apabila seorang pemandu di Kluang, Johor nyaris maut dilanggar oleh sebuah kereta mewah yang biadab.


Menurut sebuah perkongsian oleh Nojahwati Sohani di Facebook, dia telah memuat naik sebuah video rakaman kereta yang dipandu oleh adiknya yang nyaris bertembung dengan sebuah kereta BMW dari arah bertentangan.

Kejadian yang berlaku di Jalan Felda Ulu Penggeli Kluang terjadi apabila Daus, adik kepada Nojahwati sedang memandu di lorong yang ditetapkan seperti biasa. Namun secara tiba-tiba sebuah kereta BMW berwarna hitam cuba memotong lori di hadapannya.

Bmwpotongline
sumber: facebook

Tindakan kereta BMW yang memotong lori tersebut secara sipi-sipi menyebabkan Daus terpaksa mengelak ke kiri jalan dan kemudian terbabas dan melanggar penghadang besi di laluan bertentangan. Daus juga bernasib baik kerana besi penghadang tersebut telah menyelamatkan dirinya dari terjunam ke dalam gaung. Fuh nasib sangat!

Sebuah motor yang dapat dilihat di video tersebut juga sempat menekan brek untuk mengelakkan dirinya dari merempuh kereta Perodua Kenari tersebut.

Nojahwati yang berang dengan tindakan pemandu BMW itu telah memuat naik video beserta kapsyen yang mengutarakan ketidakpuasan hatinya terhadap insiden itu.

Mujur adik saya, Daus selamat semalam. Kepada kereta BMW hitam berkenaan, awak sangat biadab! Awak buat adik saya seinci dengan kematian. Saya nak viralkan apa yang awak dah buat. Moga kalau awak nampak tadi, awak sedar. Mana undang-undang yang awak pakai? Tak guna dapat lesen kalau macam ni cara pemanduan awak.”

Video yang viral di laman sosial Facebook itu telah mengundang kemarahan para netizen terhadap pemandu BMW berkenaan dan rata-rata mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu berkenaan.

Capture 2
sumber: facebook

Macam-macam perangai pemandu zaman sekarang. Janganlah sebab anda bawa kereta mahal anda boleh bermaharajalela atas jalan raya. Jadi kepada semua orang di luar sana, sentiasalah pandu dengan berhemah. Jangan disebabkan sikap gopoh anda, nyawa orang lain yang melayang!

Baca: Pembonceng Wanita Maut Selepas Dilanggar Pemandu Kereta Gara-gara Pergaduhan Atas Lebuhraya

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.