in

Pembonceng Wanita Maut Selepas Dilanggar Pemandu Kereta Gara-gara Pergaduhan Atas Lebuhraya

Page 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes buli jalan raya adalah kes yang tidak asing lagi di Malaysia. Kesalahan kecil pun boleh diperbesarkan hingga menjurus kepada pergaduhan dahsyat. Kali ini kes buli jalan raya berlaku lagi dan ianya lebih teruk kerana melibatkan kematian mangsa.



Menurut News Straits Times, kes pergaduhan jalan raya di antara pemandu kereta dan penunggang motosikal di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban selepas tol Sungai Besi, berakhir dengan tragis apabila ianya telah meragut nyawa si pembonceng motosikal.

55839830
gambar hiasan
63696075
gambar hiasan

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 1 petang itu terjadi apabila si penunggang motosikal berusia 23 tahun tiba-tiba mengamuk dan bertindak menendang cermin sisi kereta bahagian penumpang.

Berang dengan tindakan tersebut, pemandu kereta itu kemudiannya membelok keretanya ke arah motosikal berkenaan dan melanggarnya hingga menyebabkan kedua-dua penunggang terjatuh.

Bh 20151219 Motor 2029834
gambar hiasan

Saksi yang berada di tempat kejadian mengatakan bahawa kereta tersebut kemudian melanggar Mimi Zulaika Razib iaitu pembonceng motosikal tersebut.

Berikutan kejadian itu, wanita berusia 19 tahun tersebut dikejarkan ke Pusat Perubatan UKM dan meninggal dunia akibat kecederaan serius manakala penunggang motosikal pula hanya cedera ringan.

Pemandu kereta yang berusia 32 tahun itu merupakan seorang guru swasta dari Seremban. Dia kini berada dibawah tahanan polis dan kes berikut sedang disiasat kerana menyebabkan kematian akibat cara pemanduan.

Jika anda terserempak dengan pembuli seperti ini, buatlah aduan di balai polis. Dan buat para pembuli, kurang-kurangkanlah sikap baran itu. Marah-marah pun bukannya dapat apa kan? 

Baca: 14 Tabiat Buruk Pemandu Malaysia Paling Selalu Kita Lihat

Capture 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.