Palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara di Jalan Changkat Semantan, Kuala Lumpur dilaporkan telah rosak akibat dirempuh oleh seorang pemandu yang dipercayai mabuk pada awal pagi semalam.
Menurut Harian Metro, pemandu yang berusia 21 tahun itu telah memandu kereta jenis Toyota Vios dari arah Bukit Damansara sebelum merempuh ‘bollard pole’ dan ‘barrier gate’ di hadapan Pintu 2 Istana Negara itu.
Kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, namun bahagian hadapan kenderaan serta palang keselamatan dilaporkan mengalami kerosakan.

Artikel Berkaitan: Lelaki Pandu Kereta Dengan Tayar Belakang Hancur Tinggal Rim Ditahan Polis
Artikel berkaitan: Dilanggar Pemandu Mabuk, Wanita Meninggal Dunia Lepas 7 Hari Bertarung Nyawa Di Hospital
Menurut pihak polis, ujian pernafasan yang dijalankan ke atas pemandu kereta jenis Vios itu mendapati kandungan alkohol dalam badannya melebihi had yang ditetapkan, iaitu 166mg/100ml.
Susulan itu, pemandu kenderaan berkenaan telah ditahan dan akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Sumber: Harian Metro
