in

“Pemalas!” – Wanita Stress, Suami WFH Tapi Tak Bantu Urus Anak

Isteri Stress Suami Wfh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang pasti akan mahukan pasangan yang saling membantu dan memahami antara satu sama lain untuk memudahkan urusan harian.


Lagi-lagi kalau kita hendak mendirikan rumah tangga bersama individu tersebut, confirm kita akan cari orang yang betul-betul faham dan boleh bekerjasama dengan kita, barulah kehidupan yang dibina akan kekal bahagia.

Namun, baru-baru ini telah tular sebuah ciapan di Twitter, luahan hati seorang wanita yang sudah mendirikan rumah tangga tetapi menghadapi kesukaran dengan sikap suaminya.

Melalui akaun @ConfessTweetMY, seorang wanita yang tidak bernama telah meluahkan rasa kecewa sehingga dia merasakan yang dia telah tersalah pilih pasangan hidup.

Menurut wanita berkenaan, dia merupakan pekerja sepenuh masa yang bekerja di pejabat namun, suaminya masih lagi work from home (WFH) sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada tahun 2020.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan wanita itu berasa tertekan adalah kerana seolah-olah dia memikul segala tanggungjawab seorang diri tanpa bantuan suaminya.

Dia mengadu, segala urusan anak dan juga hal rumah perlu dilakukan oleh dirinya sendiri sebaik sahaja pulang dari pejabat yang menyebabkan wanita itu tidak mendapat rehat secukupnya.

Kena travel 30km nak ambil dan hantar anak ke taska

Cara Latih Anak Guna Car Seat 3 1

Bukan itu sahaja, wanita itu mendedahkan yang dia perlu mengambil dan menghantar anaknya ke taska yang jaraknya lebih kurang 30km dari pejabatnya berbanding suaminya yang hanya 2km dari rumah mereka.

“Suami aku mana? Dia ada je kat rumah, WFH. Gaji tak seberapa tapi macam busy sangat sampai tak sempat nak hantar & ambik anak kat taska yang tak sampai 2km jarak dari rumah,” katanya.

“Nak order grab tapi suami suruh berjimat” 

Gf Image

Selain itu, dia juga memberitahu yang sebagai seorang isteri dia perlu menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan hidangan makan malam setiap hari selepas dia selesai memandikan bayi mereka.

Apabila dia mengusulkan idea untuk memesan makanan melalui aplikasi grab, suaminya tidak akan bersetuju dengan alasan yang mereka perlu berjimat.

Di penghujung perkongsian itu, wanita itu mengatakan yang dia sudah penat dengan kehidupan sebegitu kerana mempunyai suami yang tidak mahu bekerjasama dalam pengurusan hal rumah tangga.

Kesian akak semoga urusan akak dipermudahkan..

Baca : “Tinggalkan isteri di labour room” – Dr Zulkifli Kata Suami Wajib Solat Jumaat Walaupun Isteri Nak Bersalin

Ft Dr Zul Jelas Hukum Tinggal Solat Jumaat Masa0Isteri Bersalin 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.