Pemakaian hijab untuk atlet wanita beragama Islam akan dibenarkan ketika Sukan Olimpik Paris 2024 pada tahun hadapan meskipun tuan rumah, iaitu Perancis tidak membenarkan atlet-atlet wanitanya berhijab.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan sedemikian baru-baru ini sebagai persediaan sukan terbabit.
Menurut Menteri Sukan Perancis iaitu Amelie Oudea-Castera berkata, negara tuan rumah itu memutuskan untuk tidak membenarkan atlet negara mereka memakai tudung ketika bertanding kerana menghormati prinsip sekularisme.
Jurucakap yang mewakili pihak IOC walau bagaimanpun menegaskan, larangan memakai hijab tersebut tidak akan terpakai kepada negara-negara lain yang menyertai acara sukan paling berprestij itu pada tahun hadapan.
Memetik laporan
Astro Awani, jurucakap IOC juga menambah apabila sesuatu perkara itu berkaitan dengan pertandingan, peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Antarabangsa yang berkaitan akan digunakan.
Keputusan negara tuan rumah itu untuk melarang atlet-atlet mereka daripada mengenakan hijab untuk edisi Sukan Olimpik pada tahun hadapan telah dikritik oleh Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sebagai negara sekular, Perancis dengan tegas melindungi identiti negara mereka dengan menggariskan undang-undang bagi pemakaian hijab ke atas penganut agama Islam di sana.
Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.