in

“Peluk cium aku, dalam masa sama mengata aku” – Isteri Abang Viva Luah Rasa Kecewa Curi Tumpuan Warganet

Ft Abang Viva

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hantaran di media sosial daripada isteri kepada Azwan Omar atau terkenal dengan gelaran Abang Viva telah menarik perhatian ramai.

Perkongsian itu tentang kekecewaan Evanoza membaca mesej daripada suaminya dengan seorang wanita yang didakwa berstatus isteri orang.


Artikel berkaitan : Abang Viva Tengah Kumpul Orang & Modal, Risau Banjir Pantai Timur Semakin Memburuk

Artikel berkaitan : “Post la benda berfaedah” – [VIDEO] Didakwa Sudah Berpisah, Isteri Abang Viva Tampil Bersuara

Dalam perkongsian tersebut, difahamkan suaminya itu tergamak memburukkan dirinya kepada orang lain dan dia rasakan dirinya seolah-olah dikhianati. Malah Evanoza juga dilihat begitu patah hati apabila mengetahui perkara tersebut

Screenshot 2024 12 17 155658

Screenshot 2024 12 17 155758

“Hati aku retak seribu, bagi tau aku macam mana aku nak bagi ruang dan peluang lagi? Aku cuba dan tenangkan diri kat sini, terima kasih sebab bagi aku tamparan sehebat ini.”

Menurut Evanoza lagi, dia mendapati bahawa suaminya itu berhubung dengan wanita tersebut ketika dia sedang tidur dan perbualan itu juga menunjukkan seolah-olah wanita itu menunggu suaminya menghubunginya pada tengah malam.

Screenshot 2024 12 17 160952

Screenshot 2024 12 17 161101\

Menjengah ke ruangan komen ramai yang bersimpati dengan nasib isteri Abang Viva ini, rata-ratanya memberikan sokongan moral buatnya dan mendoakan agar dia kekal kuat, tabah dan jumpa jalan penyelesaian.

Screenshot 2024 12 17 161503 Screenshot 2024 12 17 161535

 

Sedih pula baca segala mesej dia, sakit hati pun ada, apapun, semoga isteri Abang Viva ini jumpa jalan penyelesaian.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.