Viral isu Pengerusi Prasarana tidak memakai pelitup muka semasa sidang media kemalangan pertembungan LRT, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan polis akan menyoalnya berhubung isu itu.
Menurut FMT, Tajuddin berkata beliau memakai pelindung muka lutsinar agar pihak media dapat mendengarnya bercakap dengan jelas. Katanya, beliau memakai pelitup muka ketika melawat terowong LRT dan membuat tinjauan, hanya tidak semasa sidang media.
Saya dimaklumkan pelindung muka sudah cukup. Saya minta maaf jika pelindung muka tidak cukup.”
Pelindung muka ini bukan biasa-biasa, ditempah khas daripada sumber yang diyakini.”
Tapi bagaimana nak bercakap pada sidang media dengan memakai pelitup muka? Jadi saya ingat pelindung muka (lutsinar) lebih baik.”
Ketika mengadakan sidang media itu, beliau dilihat hanya memakai pelindung muka lutsinar tanpa pelitup muka sedangkan sebelum ini Kementerian Kesihatan (KKM) telah memaklumkan bahawa pelitup muka mestilah dipakai di bawang pelindung muka.
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, semua pihak yang terbabit dalam kes berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan dalam masa terdekat.