in

“Pelik pelik je”- Trend Sumbat Bawang Putih Dalam Hidung Untuk Rawat Sinus, Doktor Kata Ia Bahaya

Cats 108

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini macam-macam lifehack yang korang boleh jumpa dekat media sosial. Tapi, ada yang boleh ‘pakai’, ada yang konon-konon ‘menjadi’.


Sama seperti trend terbaharu di Tiktok sekarang yang dikatakan boleh merawat sinus iaitu dengan memasukkan bawang putih ke dalam hidung korang.

 

Konon boleh rawat hidung berair

Tips yang dikatakan boleh menghentikan masalah hidung berair ini dikongsikan oleh seorang wanita apabila dia mencuba teknik menyumbatkan kedua-dua lubang hidung dia dengan dua ulas bawang putih.

@rozalinekatherine

i’m shook lol #tiktoktaughtme #thankyoutiktok #tiktokhacks

♬ Coffee Music – Cafe Music BGM channel

Melalui video yang dikongsikan itu, wanita tersebut melakukan aksi tersebut dengan membiarkan bawang putih di dalam hidung dia selama 15 minit sebelum mengeluarkannya.

Tips tersebut menyebabkan banyak hingus berwarna jernih keluar dari kedua-dua lubang hidung dia dan beranggapan bahawa tips tersebut menjadi kepada diri dia.

Sinus

 

Doktor kata jangan buat

Namun begitu, aksi tersebut ditegah oleh pengamal perubatan kerana dianggap membahayakan dan tidak mendatangkan apa-apa kesan positif pun.

Menurut portal Mirror, seorang doktor pakar telinga, hidung dan tekak iaitu Dr Neil Bhattacharyya beritahu yang aksi tersebut boleh menyebabkan penyakit.

Badan boleh bertindak balas dengan minyak dan bahan kimia di dalam bawang putih itu dan menyebabkan dermatitis dalam hidung.

Try New Trend

“Ada sesetengah bawang putih yang ‘kuat’ dan kalau dilarutkan bahan kimia serta minyak dalam bawang putih ke dalam hidung, ia akan menyebabkan kerengsangan.”

Walaupun orang yang buat aksi ini kononnya cakap tips itu berkesan, tapi sebenarnya itu hanyalah reaksi tubuh badan kepada bahan yang berbau kuat sahaja.

Doktor itu menasihatkan orang ramai untuk gunakan ubat semburan steroid yang boleh didapati di farmasi untuk rawat masalah yang dihadapi itu.

Haa, dengar tu doktor cakap tak elok buat. Korang jangan nak try-try buat eh.

 

Sumber: Mirror, Tiktok

Baca:”Seller dah mention, kenapa still beli?”- Wanita Tegur Trend Makan Trolli Gummi, Ramai Tak Sedar Produk Mengandungi Babi?

Capture 71

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.