in

“Pelanggan tiada adab” – Warganet Menyirap Tengok Lelaki Lempar Barang Ke Kepala Cashier

ft lempar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial meperlihatkan satu kejadian yang berlaku di sebuah kedai serbaneka yang dipercayai di Selama, Perak.

Video tersebut menjadi tumpuan netizen kerana sikap dan kelakuan pelanggan terhadap penjaga kaunter yang membuatkan mereka rasa menyirap melihatnya.


Artikel berkaitan : Polis Siasat Kejadian 5 Wanita Bergaduh Di Sebuah Taman Perumahan

Artikel berkaitan : “Kalau asyik bergaduh, boleh gila” – Puteri Sarah Kekal Hubungan Baik, Syamsul Kerap Jumpa Anak

Lempar barang ke kepala pekerja

Video yang berdurasi 1 minit 43 saat itu memperlihatkan seorang pekerja perempuan dan seorang lelaki sedang membuat urusan pembelian, mereka dilihat sedang berinteraksi di antara satu sama lain.

Tanpa diduga, selepas pembayaran dibuat lelaki tersebut melemparkan bungkusan yang ada di atas kaunter ke kepala pekerja. Situasi menjadi tegang apabila mereka dilihat seakan-akan bertengkar.

Pekerja tersebut dilihat menuding jari ke arah lelaki itu dan menghentak meja kaunter, sebelum pekerja lain datang menenangkan wanita itu dan ada yang menggantikan tugasnya membungkus makanan pelanggan sementara pelanggan itu berdiri di bahagian bucu kaunter.

Screenshot 2025 10 22 130203

Biarpun waktu dan punca kejadian masih belum dikenal pasti,  namun berdasarkan rakaman, kejadian ini berlaku pada 21 Oktober 2025 kira-kira jam 10.39 pagi.

Video ini mula tular di kebanyakan platform media sosial sejak malam tadi. Melihat video tersebut, rata-rata netizen panas hati dan menggesa agar pihak pengurusan premis untuk membuat laporan polis terhadap pelanggan berkenaan. Dalam pada itu, ada juga netizen yang ingin mengetahui punca kejadian.

lempar lempar 2 lempar 3 lempar 4 pekerja

Buat masa ini, masih belum ada lagi keterangan daripada mana-mana pihak berkuasa mengenai kejadian ini, laporan selanjutnya akan menyusul.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.