Mengenakan pakaian sedondon atau seragam mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi sesebuah keluarga terutama masyarakat Melayu di sini.
Selalunya, kita melihat budaya berpakaian warna sedondon ini ketika sambutan raya atau pada acara tertentu.
Namun begitu, bagi pelancong luar yang datang ke Malaysia, ia dianggap satu keunikan yang menarik.
Artikel berkaitan: “Sporting Betul Keluarga Ni” – Lain Dari Yang Lain, Satu Keluarga Pakaian Baju Tidur Sedondon Buat Netizen Terhibur
Artikel berkaitan: Kongsi Gambar Berbaju Sedondon Sekeluarga, Nina Ismail Sabri Terima Ucapan Tahniah?
Seorang pelancong dari Morocco baru-baru ini menunjukkan keterujaannya apabila melihat beberapa buah keluarga berpakaian dengan warna yang sedondon ketika berada di tempat pelancongan Bukit Bendera.
Menerusi video TikTok yang dikongsikan, dia mendakwa ia sesuatu yang comel dan turut meminta netizen memberi penjelasan kenapa keluarga Melayu suka mengenakan warna sedondon.
@itsyassin98 they so cute!!! #malaysia #penang #georgetown #malaysiatiktok #malay #fyp #viral #fyp xyzbcafyp≥ #merdeka #merdekabelajar
Komen netizen bikin terhibur
Dapat dilihat ramai netizen Malaysia membanjiri ruangan komen video tersebut menjawab persoalan yang dilontarkan pelancong terbabit.
Netizen mendakwa berkemungkinan keluarga yang memakai sedondon itu baru lepas menghadiri kenduri dan kebiasaannya warna dipilih oleh ibu.
Ada yang berkongsi pemilihan pakaian dan warna seragam ini sudah menjadi satu tradisi yang diamalkan keluarga di sini terutama ketika sambutan raya atau ketika keluar bersama-sama.
Dalam pada itu, netizen juga sempat berseloroh berpakaian sedondon memudahkan mereka untuk mencari ahli keluarga. Pelancong itu dilihat terhibur dengan semua jawapan yang diberikan.
Sumber: TikTok