in

Malu Punya Pasal, Ibu Sampai Paksa Pengantin Lelaki Naik Pelamin Sentuh Tangan Isteri

Ft Pengantin Lelaki Malu Nak Sentuh Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kebiasaan apabila melihat pengantin tersipu malu di hari pernikahannya, selalunya pengantin wanita lah yang akan melebih-lebih malunya.


Tapi lain pula dengan kes dalam video yang dikongsikan melalui TikTok Kashfi Akif ini. Dalam perkongsian tersebut, dilihat pasangan pengantin sedang ingin melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah, si pengantin lelaki tu macam ‘tak senang duduk’.

 

Pengantin lelaki malu nak sentuh isteri

Dikatakan, pengantin itu terlalu malu dan gugup untuk bersalaman dengan wanita yang baru sahaja sah menjadi suri hatinya. Oleh sebab itu, si ibu tenangkan pengantin lelaki dan memaksanya untuk sentuh tangan isterinya, sampai terketar-ketar tangan nak pakaikan gelang dekat isterinya.

@kashfiakif1

Malu sangat sampai mak plak pergi paksa ??#fyp #pengantin

♬ original sound – Kashfi Akif – Kashfi Akif

 

1 dalam sejuta lelaki macam ni – Netizen

Melihat video tersebut, ramai yang memuji cara lelaki ini, bagi mereka ia seperti satu kemanisan dalam hubungan.

Malah, mereka juga anggap bahawa si isteri ini bertuah kerana mempunyai suami yang limited edition seperti dia.

Pengantin Lelaki Malu 5 Pengantin Lelaki Malu Pengantin Lelaki Malu 2 Pengantin Lelaki Malu 3 Pengantin Lelaki Malu 4

Dalam masa 2 hari ia dikongsikan, video ini telah meraih lebih daripada 300 K jumlah tontonan, rata-rata netizen turut mendoakan agar mereka semua bahagia hingga ke jannah. Amiinn.

Baca : “Weh dia malu! comelnyaa”- Mak Pengantin Lelaki Sampai Bagi Demo Cara Nak Kiss Dahi Isteri, Tapi Isteri Pulak Belum Ready

Featured 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.