in

“Pelaku masukkan tangan ke dlm celananya…”- Pemuda 20an Bawa Skuter, Beronani & Lempar Sperma Pada Gadis Di Tasikmalaya

Featured 12

Seorang lelaki kini diburu polis selepas melemparkan cecair sperma kepada beberapa gadis dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Tasikmalaya, Jawa Barat itu mula tular selepas beberapa mangsa berkongsi kisah mereka di media sosial masing-masing.

Boleh dikatakan lelaki tersebut menyasarkan wanita atau gadis yang sedang sendirian menunggu kenderaan di tepi jalan.

Ilustrasi Pelemparan Sperma
Sumber: tribunnews

Salah seorang mangsa yang menceritakan detik jijik itu berkata, ketika kejadian dia sedang menunggu ojek atau teksi motosikal di Jalan Letjen Mashudi, Kota Tasikmalaya pada 13 November lalu kira-kira pukul 2.45 petang.

 

“Dia masuk tangan dalam celananya, onani kemudian lemparkan pada mangsa…”

Mangsa kemudiannya didatangi seorang lelaki yang menaiki motosikal, lelaki itu sempat ajak bersembang namun tidak dihiraukan mangsa, lapor kumparan.

Ketika itu saya sedang dipinggir jalan, menunggu ojek online tiba-tiba seorang lelaki lempar sperma ke saya, nasib baik tak kena”.

Pelaku memasukkan tangan ke dalam celananya dan kemudian dipercayai beronani sebelum dia lempar spermanya ke arah saya dan berlalu pergi dengan laju menaiki motosikalnya.”

Lebih mengecewakan, mangsa memaklumkan yang dia turut dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh pelaku.

Bagaimanapun mangsa sempat mengambil gambar pelaku, sebelum dia dan suami membuat laporan polis di Balai Polis Tasikmalaya.

Sumber: kumparan

 

“Polis dah tau identiti pelaku tapi tak boleh dedah kepada umum…”

Sementara itu Polis Daerah Jawa Barat Kombes Trunoyudo Wisnu Andiko ketika dihubungi mengesahkan pihak mereka menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Polis sudah mengetahui identiti pelaku namun tak boleh dedahkannya kepada umum, tapi berdasarkan informasi masyarakat setempat, pelaku memang memiliki ‘gangguan’, kita akan adakan pertemuan dengan tokoh agama setempat”.

Disebabkan itu ramai gadis dan wanita yang trauma untuk berada di sekitar Tasikmalaya bagi melakukan aktiviti seharian mereka.

 

Baca : Acah tak bersalah pulak Netizen Dedah Bahaya Naik Basikal Lajak, Adik Tak Pasal-pasal Kena Langgar Sampai Trauma

Lajak