in

“Kalau tak post tak semestinya tak sedih!” – Peminat Marvel Hentam Scarlet Witch Sebab Tak Post Tribute Kematian Black Panther

Elizabeth

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, dunia perfileman Hollywood dan peminat Marvel terutamanya dikejutkan dengan kematian watak utama Black Panther, Chadwick Boseman.


Tidak lama selepas berita itu tersebar, Elizabeth Olson atau dikenali sebagai Scarlet Witch di dalam siri Avengers dilaporkan telah memadan akaun Instagram. Menurut laporan, Elizabeth telah menjadi mangsa buli ‘die hard fans‘ Marvel yang telah menghentam pelakon berusia 31 tahun itu hanya kerana tidak memuat naik apa-apa posting sempena tribute kematian Chadwick.

Wanda1

Beberapa pelakon utama Avengers seperti Chris Evans, Chris Hemsworth, Tom Holland, Brie Larson dan Robert Downey Jr dilihat membuat posting tribute kematian Chadwick di Instagram masing-masing.

Disebabkan itu, peminat Marvel ramai-ramai menghentam Elizabeth kerana tidak membuat perkara yang sama. Walhal ketika itu, baru saja beberapa jam keluar tentang berita kematian Chadwick. Mereka turut didakwa memaksa aktres itu untuk tidak berada di media sosial dan kini akaun Instagram Elizabeth Olson tidak lagi wujud.

P

Wanda2

Avenger

Padahal memang sejak dulu, Elizabeth tidak aktif di Instagram dan hanya muat naik beberapa kali setahun tentang promosi filem Marvel. Tiada siapa tahu apa yang dia lakukan, mungkin dia sendiri ada hubungi keluarga Chadwick selepas dapat tahu berita kematian tu kan?

Tak semestinya kalau tak post atau update pape, dia tak bersedih. Betul tak? 

Baca: Pelakon Utama Filem Black Panther, Chadwick Boseman Meninggal Dunia Akibat Kanser

1Blackpanther

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.