in

Pelakon Filem Jai Ho, Sana Khan Berkahwin Dengan Ulama Selepas Tinggalkan Dunia Hiburan

Ft Sana Khan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktres Bollywood Sana Khan sekali lagi menjadi sebutan peminat filem Hindustan.


Setelah mengumumkan persaraannya dari dunia hiburan September lalu, pelakon cantik manis ini menggemparkan ramai dengan perkongsian di akaun Instagram miliknya, sanakhan21.

Menerusi beberapa foto yang di muat naik, pelakon itu dikatakan telah berkahwin dengan seorang ulama yang dikenali sebagai Mufti Anas Sayied.

 

“Saling sayang-menyayangi kerana Allah”

Menurut satu laporan akhbar tempatan, The New Indian Express, Sana dikatakan mengumumkan perkahwinannya yang telah diadakan pada 20 November lalu d Instagramnya.

 

Dilihat cantik mengenakan busana tradisinya, bekas pelakon itu turut memuat naik caption mengenai perkahwinannya itu.

Saling sayang-menyayangi kerana Allah. Berkahwin kerana Allah. Semoga Allah terus menyatukan hubungan ini di dunia. Dan satukan kami semula di akhirat. 

Turut dikongsikan pelakon itu di Instagramnya ialah busana pengantin berwarna putih bersama suami disisinya.

Manis betul pasangan ni!

 

“Tahniah Sana!”

Perkongsiannya itu turut mendapat reaksi daripada kalangan rakan dalam industri hiburan yang rata-rata tidak henti mengucapkan tahniah di atas perkahwinan pelakon itu.

Capture 21

Pernah dikaitkan dengan penari Melvin Loius, hubungan pasangan itu terhenti di tengah jalan selepas Melvin dikatakan curang dengan pelakon itu.

Sungguhpun berada di puncak kerjayanya, Sana Khan tekad mengambil keputusan berhijrah selain ingin mendekatkan diri dengan agama. Min pun tumpang gembira dengan keputusan pelakon ni. 

Baca : Semoga Allah terima taubat saya; Pelakon Popular Bollywood, Sana Khan Berhijrah  Nak Tinggalkan Dunia Hiburan Selamanya

Capture 22 1

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.