in

21 Pelajar Tahfiz Kuantan Dipaksa Hisap Kemaluan dan Diliwat Pemberi Sumbangan Maahad

Saveeve

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebut sekolah tahfiz, selalunya kita dengar pasal benda baik-baik je. Jarang sekali nak dengar kisah tak elok berlaku di sekolah sebegini apatah lagi kegiatan yang tak bermoral. Pun begitu, satu kejadian yang tidak sedap didengar telah dilaporkan berlaku di sebuah maahad tahfiz di Kuantan.


Menurut Berita Harian, seorang guru di maahad tahfiz tersebut dikatakan membuat laporan berkenaan insiden berunsur seksual yang berlaku di sekolah itu. Guru berusia 22 tahun tersebut mendakwa bahawa 21 orang pelajarnya telah didera secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai pemberi sumbangan kepada maahad terbabit.

Tahfiz
sumber: berita harian

Difahamkan, guru muda itu bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuantan selepas pelajar yang menjadi mangsa penderaan seksual berkenaan mengadu hal tersebut kepadanya.

“Menurut laporan polis itu, kejadian membabitkan pelajar lelaki berusia antara 14 hingga 17 tahun yang dipaksa menghisap kemaluan lelaki terbabit berlaku sejak Ogos tahun lalu, malah suspek turut meliwat enam pelajar berkenaan.”

Iaa
gambar hiasan

“Laporan mendakwa mangsa diliwat di sekitar kawasan asrama dan kediaman suspek di sebuah taman perumahan di sini dan siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu antara satu hingga lima kali terhadap setiap mangsa.”

Semua pelajar yang menjadi mangsa perbuatan keji penyumbang tersebut dikatakan turut akan dipukul sekiranya perkara tak senonoh yang dilakukan terbongkar kepada pengetahuan orang lain. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar tahfiz tersebut turut menerima ugutan bunuh jika kegiatan pemberi sumbangan itu diketahui orang awam.

Polsi
sumber: sinar harian

Selepas menerima laporan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Kama Azural Mohamed memaklumkan bahawa pihaknya telah mengambil tindakan sewajarnya dan berjaya menahan suspek yang berusia 41 tahun. Suspek merupakan seorang sukarelawan yang aktif memberikan sumbangan keperluan harian dan pakaian kepada maahad tersebut.

Ni lah manusia yang bertopengkan syaitan. Pura-pura buat benda baik padahal nak tutup perangai jahat dia.

Baca: Pelajar Tahfiz 13 Tahun di Hulu Yam Lari Dari Asrama Selepas Tak Tahan Dibuli Senior

Tahfismz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.