Seorang pelajar Politeknik Merlimau, Melaka ditemui meninggal dunia di rumah sewanya pada tengah hari, semalam.
Menurut Berita Harian, mangsa yang berusia 19 tahun itu difahamkan telah ditemui oleh rakan serumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri di depan biliknya.
Difahamkan, mangsa tinggal di rumah sewa itu bersama 14 orang rakan serumah.
Rakan serumah telah bergegas menghubungi talian kecemasan untuk bantuan.

Artikel berkaitan: Gagal Elak Tanah Runtuh, Kereta Terjunam Ke Dalam Gaung Di Gua Musang
Artikel berkaitan: Kereta Terjunam Dalam Gaung, Lelaki Ditemukan Maut Lepas Seminggu Dilaporkan Hilang
Bagaimanapun, pemeriksaan oleh pasukan perubatan mengesahkan bahawa mangsa, Mohamad Zul Hakimi Abdul Rahman, telah meninggal dunia.
Mangsa difahamkan tidak mempunyai sebarang rekod penyakit kronik, selain tiada tanda unsur jenayah ditemui pada tubuhnya.
Untuk proses bedah siasat, jenazah mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin.
Siasatan akan diteruskan oleh pihak polis agar punca sebenar kematian mangsa dapat dikenal pasti.
Sumber: Berita Harian
