in

Pelajar Kena Belasah Dengan Rakan Asrama Sebab Dikatakan Hanya Bergurau Nak Belanja Makan KFC?

Lagi kes pelajar dibuli di asrama, kali ini dikatakan hanya disebabkan gurauan ‘janji manis’ tak sangka sampai boleh menjerumus kearah keganasan.

Seorang pelajar dipukul orang rakannya di asrama hanya disebabkan bergurau nak makan KFC? Video itu kini tengah tular di media sosial.

Berdasarkan sumber, kejadian ini berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Kemahang 1, Tanah Merah.

Dalam video yang berdurasi 24 saat itu, dilihat pelajar yang memakai paju merah putih dipukul oleh 3 orang pelajar sementara si perakam hanya gelak memerhatikan mangsa dipukul.

Walaubagaimanapun, laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan kesemua pelaku telah pun ditahan dan kes ini  dibawah seksyen 506/323 Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Kelantan, YDH DCP Shafien Mamat.

 

Baca : “Ini baru nama jangan kejut harimau tidur” – Netizen Puas Hati Bila Mangsa ‘Rembat’ Balik Pembuli Ni

Sumber: Twitter