in

Pelajar IPT Akan Dapat RM 100 Dalam E-Wallet

Ewallaet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah banyak perdebatan di kalangan menteri dan Ahli Parlimen, Belanjawan 2021 akhirnya disetujui hari ini (26 November).

Pindaan dilakukan terhadap peruntukan tertentu yang sebelumnya telah dibentangkan pada sidang  tersebut. Salah satu pindaannya adalah jumlah wang yang diperuntukkan untuk E-wallet pelajar di institusi pendidikan tinggi.


Zafrul 2

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul mengumumkan bahawa semua penuntut IPTA dan IPTS akan menerima RM 100 dalam e-wallet, termasuklah mereka yang berumur 20 tahun keatas. Lapor BERNAMA.

Sebelum ini,  kerajaan mengumumkan bahawa untuk menyesuaikan diri dengan teknologi terbaru, mereka akan memberikan RM50 kepada belia berusia antara 18 hingga 20 tahun. Wang tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun E-wallet mereka.

Baca : B40 Dapat Lanjutkan Moratorium Secara Automatik

Zafrul Abdul Aziz Bernama 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.