in

Pelajar Di Pedalaman Maluku Ini Sanggup Risikokan Nyawa Semata-Mata Nak Ke Sekolah

Untitled Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, tular kisah seorang gadis di sebuah perkampungan di Sabah yang sanggup menjawab peperiksaan di atas pokok. Itulah gambaran sebenar, bahawa realitinya tidak semua bertuah dan lahir dalam limpahan kesenangan di dunia ini. Ada yang terpaksa berhempas pulas untuk mencapai kejayaan.


Begitu juga kisahnya dengan sekumpulan murid sekolah, di sebuah kawasan di pedalaman Maluku. Bayangkan, mereka terpaksa merisikokan nyawa dengan meredah sungai deras untuk ke sekolah — kerana itu saja satu-satunya akses untuk ke sana.

Memetik laporan The Jakarta Post, ketika orang lain sedang cuba mengaplikasikan pembelajaran secara dalam talian di musim-musim pandemik ini — pelajar di Timur Seram pula terpaksa meneruskan sesi persekolahan seperti biasa.

Rakaman video yang diambil dari pemilik asalnya di Facebook menunjukkan empat murid sekolah cuba menyeberangi sebuah delta sungai yang dilimpahi air deras sehingga ke paras lutut, tular sehingga mengundang simpati orang ramai.

Stelah menunggu slma 3 jam akhirnya kita bz mnyebrang! Anak2 nh dnk lbih brani dr B,Ttp smngt syg2Q ????#SISWASMPN16SBT

Posted by Lissa Tanamal on Khamis, 16 Julai 2020

 

Jika tersilap langkah atau tersadung, arus deras itu boleh mengakibatkan mereka dihanyutkan ke laut. Meskipun bahaya, kesemua pelajar perempuan itu dilihat tenang dan saling membantu rakan mereka untuk ke seberang dengan selamat.

Malah selepas video tersebut tular, orang ramai turut menyuarakan desakan agar pemerintah negeri memperbaiki infrastruktur dan menyediakan akses yang lebih baik buat pelajar ini.

 

Baca: “Sekolah masih guna tenaga solar” – Perlukan Internet Nak ‘Online Meeting’, Guru Besar Daki Bukit Bawa Laptop

111

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.