Baru-baru ini, pelakon Norish Karman menjadi bualan hangat netizen selepas menyatakan hasrat untuk memiliki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bernilai RM150,000.
Enggan membiarkan isu tersebut terus melarat, Norish tampil menjelaskan bahawa perkara itu hanyalah sekadar impian dan tidak sepatutnya diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak.
Menerusi sesi langsung bersama Datuk Seri Aliff Syukri, Norish menegaskan bahawa setiap manusia berhak mempunyai impian sebagai pembakar semangat untuk berusaha.
Artikel berkaitan: “Saya reda kalau ini kifarah….” – Norish Karman Sebak Luah Tak Perlu Suami Kaya Asalkan Ada Anak-Anak Di Sisi
Artikel berkaitan: Sedih Dihina Minta Bantuan, Anak Norish Karman Kongsi Bebanan Yang Ditanggung Untuk Sara Keluarga
“Rilekslah, semua orang mesti ada angan-angan. Saya pun berangan sahaja, duit tidak ada pun.”
Kita berangan semoga dari angan-angan itu datangnya usaha dan doa moga Allah makbulkan. Itu sahaja, tidak payah hendak mendidik orang, eh buat apa kena beli yang ini. Kita tak tahu rezeki kalau orang hendak bagi,” katanya.
Selepas 14 tahun menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, Norish mengakui fokus utamanya kini hanyalah kebajikan lapan orang anaknya. Malah, dia mendedahkan selama ini anak-anaknya terpaksa berdepan dengan pengangkutan yang tidak selesa.
“Orang tanya, jadi saya jawab. Sebagai emak, saya boleh sahaja jawab saya mahukan Ferrari untuk diri saya. Tetapi, sudah tidak ada apa untuk diri sendiri. Apa yang saya buat semuanya untuk Allah dan anak-anak. Sampai sudah tiada apa-apa untuk saya.
View this post on Instagram
Bagi Norish, bayangan memiliki wang sebanyak RM200,000 adalah satu jumlah yang sangat besar. Namun, niat utamanya bukanlah untuk bermewah, sebaliknya dia hanya mahu membelikan kenderaan yang lebih selesa buat anak-anaknya.
Pelakon ini turut mendedahkan realiti sedih yang dialami lapan anaknya selama ini yang terpaksa menaiki kereta tanpa sistem pendingin hawa. Malah, setiap kali hujan lebat di lebuh raya, mereka terpaksa menutup tingkap sehingga menyebabkan ruang dalam kereta menjadi berkabus. Sebagai seorang ibu, Norish menegaskan bahawa tindakannya itu hanyalah demi memikirkan keselesaan dan kebajikan anak-anaknya sahaja.
Tambah Norish lagi, dia sentiasa memegang pesanan arwah bapanya untuk sentiasa meminta yang terbaik daripada Sang Pencipta.
Sumber: Berita Harian