Microsleep, atau tidur singkat yang tidak dapat dikawal bukan sesuatu yang asing namun ia sangat bahaya terutama ketika berada di atas jalan raya.
Perkongsian Mohd Fazli Abd Rashid mengenai kisah rakannya yang juga penuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang maut akibat Microsleep, nyata membuatkan ramai yang bersedih.
Fazli berkata, rakannya Amin Faiz Nohani ada memuatnaik perkongsian di IG Story beberapa jam sebelum maut kemalangan.
Dalam IG Story yang dimuatnaik pada tengahari itu arwah menyatakan yang dia dan dua kali berhenti sebab tertidur di atas motor.
Pls2 i dont want microsleep, 2x dah stop sebab tertidur atas motor…
Fazli berkata dia menerima mesej di dalam grup kira-kira pukul 3 petang memaklumkan yang arwah meninggal dunia akibat kemalangan, lapor mStar.
Dia difahamkan arwah terbabas di Kilometer 224, Lebuhraya Plus arah ke Kuala Lumpur susur Pedas Linggi. Arwah ketika itu dalam menunggang motosikal dalam perjalanan dari Kluang, Johor kembali ke kampus bagi menyiapkan tugasan tahun akhir (FYP).
Memang sedih tumpah air mata, last jumpa pun sebelum PKP. Memang dah lama.
“Dia seorang yang sangat baik. Last contact pun kat Instagram sebab dia selalu share pasal fitness dan sebagainya.
Allahyarham dibawa ke Hospital Tampin sejurus selepas kejadian dan dibawa pulang ke kediaman keluarga pada Isnin dan dikebumikan pada hari sama.