in

Pegawai Media Lim Guan Eng Perjelas Isu Cakap Mandarin

Poage Lge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng (LGE) baru-baru ni banyak menerima kecaman dan semuanya gara-gara kenyataannya dalam tiga bahasa termasuk Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange pada Khamis lepas.


L1 1
sumber: berita harian

Tapi kini, orang ramai bolehlah bawak bertenang sebab pegawai media Menteri Kewangan dah tampil melalui Facebook untuk menjelaskan hal ini.

Menurut Rahmah Ghazali, kenyataan rasmi sememangnya dibuat dalam bahasa Melayu dan kemudian akan diterjemah dalam Bahasa Inggeris dan adakalanya ke dalam bahasa Mandarin sekiranya kenyataan yang dikeluarkan melibatkan terma-terma teknikal dan angka-angka besar. Katanya,

“Menteri (LGE) tahu betapa susahnya untuk wartawan akhbar Cina untuk terjemahkan perkataan atau ayat tertentu ke bahasa tersebut.”

Jelasnya lagi, semasa LGE di Pulau Pinang, praktis menterjemah dalam bahasa lain tidak dibuat dan menyebabkan ramai wartawan menghubungi beliau bagi memintanya untuk menjelaskan maksud ayat tertentu apabila kenyataan hanya dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

“Jika praktis ini tidak diteruskan, bayangkan berapa banyak panggilan telefon saya atau beliau akan terima daripada wartawan menyuruh kami menjelaskan kenyataan tersebut.”

Oleh itu dengan menyediakan kenyataan dalam bahasa Mandarin terlebih dahulu, ianya dapat menyenangkan kerja di kedua-dua belah pihak.

L2
sumber: blog

Walau bagaimanapun, Rahmah tidak menafikan ada salah daripada pihaknya. Katanya,

“Versi terjemahan Bahasa Mandarin tidak perlu mempunyai letter head kementerian seolah-seolah itu adalah kenyataan rasmi dan terjemahan tersebut perlulah diemel terus kepada wartawan akhbar Cina dan bukan di public group Whatsapp di mana saya tubuhkan untuk kesenangan komunikasi antara saya dan rakan-rakan wartawan.”

Dia juga turut menerangkan tindakan Lim Guan eng menggunakan Bahasa Mandarin ketika mempertahankan terjemahan dalam Bahasa Mandarin adalah kerana ingin mengelakkan salah tafsiran.

“Beliau sebenarnya memberi respon kepada akhbar Cina yang sudahpun memainkan isu ini pada hari minggu lalu. Beliau merasakan jawapan dalam bahasa ibunda beliau lebih elok untuk mengelakkan kejadian ‘lost in translation‘.”

Baca: “Kau menteri kerajaan Malaysia ke kerajaan China?”

T2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.