in

Pegang Telefon Masa Solat Untuk Baca Surah? Mufti Kata Boleh, Tapi Ada Syarat!

pegang telefon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Solat adalah ibadah yang menuntut kekhusyukan dan ketenangan. Namun, bagaimana jika seseorang belum menghafal surah dan perlu membaca dari telefon semasa solat? Adakah perbuatan ini dibenarkan dalam Islam?

Menurut Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman, membaca surah daripada mushaf, termasuk menerusi telefon, adalah dibolehkan selagi tidak mengganggu kekhusyukan solat.


Perkara ini juga berasaskan amalan sebahagian ulama salaf yang membaca daripada mushaf ketika solat.

Bagaimanapun, cara memegang telefon juga perlu diambil kira. Lebih baik jika telefon dipegang dengan satu tangan atau diletakkan di tempat yang mudah dibaca bagi mengelakkan pergerakan berulang kali yang boleh menjejaskan solat.

Sekiranya penggunaan telefon ini tidak menyebabkan banyak pergerakan atau gangguan, solat tetap sah.

Artikel berkaitan: ⁠Untuk Menjaga Kesucian Masjid Dan Keselesaan Jemaah, Arab Saudi Larang Rekod Siaran Langsung Solat Tarawih

Artikel berkaitan: Masjid Dapat Banyak Sumbangan Untuk Saguhati Imam Tarawih, Tapi Bendahari Minta Bayar Sikit

Bagaimanapun, baru-baru ini, tular di TikTok mengenai seorang wanita yang melakukan siaran langsung ketika solat tarawih.

Video itu menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat mengenai adakah tindakan tersebut dibenarkan.

Dalam hal ini, Mufti Pulau Pinang menjelaskan bahawa membuat siaran langsung ketika solat boleh mengganggu fokus ibadah, malah berisiko menyebabkan solat menjadi tidak sah.

Khusyuk adalah elemen penting dalam solat, dan jika seseorang melakukan perbuatan yang mengalihkan perhatian, ia boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah.

images
Datuk Dr Mohd Sukki Othman

Menurut pandangan Mazhab Syafie, sebarang perbuatan yang tidak berkaitan dengan solat dan mengganggu tumpuan boleh menyebabkan solat terbatal.

Oleh itu, solat yang dilakukan dengan kehadiran hati dan tumpuan penuh kepada Allah adalah lebih utama berbanding mengutamakan rakaman atau tontonan orang lain.

Selain isu pegang telefon, terdapat juga persoalan mengenai tindakan menanggalkan atau memakai semula cermin mata dalam solat.

Menurut Dr Mohd Sukki, pergerakan seperti ini tidak membatalkan solat selagi ia tidak melebihi tiga kali pergerakan berturut-turut.

Beliau turut menasihatkan supaya umat Islam mengelakkan perbuatan yang boleh mengurangkan kekhusyukan solat, seperti merakam atau menyiarkan solat secara langsung di media sosial.

Kredit: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.