in

PDRM Tegaskan Kisah Viral 9 Pengemis Dikompaun RM 10,000 Tidak Benar

Ld

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral semalam apabila ada kes yang melibatkan pengemis wanita dari Lahad Datu, Sabah boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atas kesalahan tidak mematuhi SOP PKPP dalam Op Covid-19.


Mereka yang terdiri daripada komuniti Palauh itu terdiri daripada usia 17 hingga 41 tahun, mereka ditahan semasa membuat aktiviti mengemis dengan tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal, lapor sumber.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, dalam operasi di 2 lokasi kira-kira jam 12 tengahari itu, 25 kanak-kanak yang merupakan anak kepada 9 palauh itu turut ditahan.

807C1D5C Acaa 4B82 A93F D41B1D731F24

Ia dijalankan di kawasan lampu isyarat berdepan Kedai D.I.Y Bandar Lahad Datu dan di lampu isyarat Bandar Sri Perdan, Lahad Datu.

Operasi itu bertujuan bagi mengesan mana-mana individu yang meminta sedekah daripada pengguna jalan raya tanpa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

“Kedua-dua kawasan ini menjadi lokasi utama kegiatan mengemis dalam kalangan suku Palauh,” katanya.

Kes ini telah mendapat perhatian netizen, bagaimanapun pihak polis tidak mengeluarkan sebarang kompaun serta merta kepada mereka sebaliknya hanya 3 kertas siasatan dibuka.

Cb553531 4F83 419D 8Bd5 B5E0Cb528170

Ianya terdiri daripada Seksyen 269 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum denda atau boleh dipenjara selama enam bulan, atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Kes turut disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan Pemulihan) (No.3) 2021.

 

Baca : “Tak pakai mask tak wajar disaman RM10k” – Kerajaan Akan Perinci Kesalahan Yang Layak Dikompaun RM10K

Kompaun

 

Sumber: Borneotoday
Sumber: Borneo Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.